Cubaan jolok Hadi jadi Mursyidul Am PAS berakhir... kini rasmi milik Haron Din

Sebelum ini ada cubaan dari penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS, supaya kekosongan Mursyidul Am parti itu berikutan kematian Datuk Nik Aziz Nik Mat diganti oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Helah ini supaya Haji Hadi mengosongkan kedudukannya sebagai Presiden PAS dan jawatan itu dipertandingkan.

Bagaimanapun, politik 'ustaz-ustaz' dalam PAS boleh tahan juga.

Belum apa-apa Majlis Syura Ulama dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 8 Mac lalu di Ibu Pejabat PAS memutuskan melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti itu yang baharu.

Dr Haron sebelum ini merupakan timbalan kepada penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia 13 Februari lalu.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS yang baharu

"Perlembagaan PAS menyatakan jawatan Mursyidul Am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Katanya, jawatan Mursyidul Am tidak terikat dengan penggal muktamar sepertimana Jawatankuasa PAS Pusat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana