Cabar Hadi Awang : Tuan Ibrahim Bertanding Jawatan Presiden PAS?

KOTA BHARU 9 Mac - Konflik perpecahan PAS kian kemuncak apabila kumpulan berhaluan kiri dalam parti telah menemui  pemimpin paling sesuai bagi mencabar  mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti itu.

PAS Kawasan Kota Bharu hari ini mencalonkan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding jawatan tertinggi parti tersebut.

Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat khas PAS Kawasan Kota Bharu dipengerusikan Yang Dipertua, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, sebentar tadi.

Keputusan itu sekali gus mengejutkan ramai pihak dan PAS Kawasan Kota Bharu menjadi kawasan pertama yang mencalonkan nama lain selain Hadi Awang.

Pada pemilihan sebelum ini, beberapa PAS kawasan pernah menamakan Husam Musa sebagai calon bersaing jawatan Presiden parti.

Akan tetapi, Husam mengambil keputusan untuk menarik diri dari bertanding dan memilih untuk bersaing bagi jawatan Naib Presiden.

Konflik PAS semakin meruncing apabila terdapat usaha untuk menggulingkan kepimpinan Hadi Awang termasuk dengan menubuhkan PasMa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana