Bukan mudah untuk PAS bawa RUU Hudud ke Parlimen

SHAH ALAM: Meskipun PAS berjaya meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini namun parti Islam itu masih memerlukan beberapa perkara bagi pindaan tersebut diluluskan di peringkat Parlimen pula.

Dekan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Prof Madya Dr Martadha Mohamad berkata ini kerana ia bukanlah perkara yang mudah bagi Parlimen untuk berbuat demikian apatah lagi untuk PAS mendapatkan sokongan 2 per tiga ahli Parlimen.

"Sebenarnya untuk melakukan perubahan di peringkat Perlembagaan ia agak sukar kerana memerlukan sokongan 2/3 ahli Parlimen dan untuk perolehi 2/3 sokongan daripada ahli Parlimen adalah sukar.

"Kerana kita dapati kalau dicampurkan MP PAS dan juga Umno tidak mencukupi untuk dapatkan 2/3 (majoriti) dan mereka juga memerlukan sokongan daripara parti kompenan yang lain terutamanya MP yang beragama Islam dan juga sokongan dari wakil rakyat Sabah dan Sarawak," katanya kepada Antarapos.

Bagaimanapun, ujar Martadha usul itu boleh dibawa ke Parlimen.

"Ada beberapa perkara yang perlu dibuat terutama untuk kelulusan di peringkat Parlimen. Terutama kuasa-kuasa yang ada di Mahkamah Syariah.

"Usul yang akan dibawa itu mungkin agak sukar terutamanya dalam melakukan perubahan dalam Perlembagaan.

"Usul itu akan dibawa tetapi untuk mendapatkan kelulusan pindaan Perlembagaan kerana yang ingin dicadangan oleh PAS ialah kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah itu diperluaskan, denda itu diperbanyakkan, hukuman itu dipanjangkan kerana itu berdasarkan Perlembagaan berdasarkan Perlembagaan," tegasnya.

PKR semalam mengambil ketetapan untuk tidak menyokong usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang akan dibawa oleh PAS untuk membuat pindaan di Parlimen mengenai kuasa mahkamah syariah.

Pindaan tersebut adalah berkaitan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud.

PKR menyatakan bahawa mereka tidak tahu mengenai isi kandungan RUU tersebut sekaligus melanggar keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) Februari lalu.

DUN Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 Khamis lalu.

PAS  akan membentangkan usul persendirian di Parlimen bagi meminda peruntukan mengenai kuasa-kuasa Mahkamah Syariah bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Parti itu perlu memperolehi sokongan majoriti mudah 112 undi di Parlimen dan memerlukan sokongan Ahli Parlimen PKR beragama Islam untuk mencapai matlamat itu.

Hadi dijangka membentangkan usul persendirian itu di Dewan Rakyat  pada sidang yang sedang berlangsung sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana