Boleh Percaya Kah!!!! Wakil Rakyat Pulau Pinang Tak Hadir #KitaLawan - Guan Eng

GEORGE TOWN: Wakil rakyat Pulau Pinang diarahkan supaya tidak menyertai perhimpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, semua wakil rakyat terbabit perlu berada di kawasan masing-masing untuk mengagihkan RM100 untuk warga tua negeri itu.

"Saya tidak fikir mereka akan turut serta, tidak mungkin.

"Ini adalah keutamaan kami (program warga tua) dan semua wakil rakyat perlu berada di kawasan mereka untuk mengagihkan wang berkenaan," katanya apabila ditanga jika Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan menyertai perhimpunan itu.

Guan Eng berkata, sebagai kerajaan negeri, mereka bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan untuk rakyat.

"Saya juga akan berada di kawasan untuk menjalankan tugas," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah The Rise, projek perumahan mampu milik di Jalan SP Chelliah di sini.

Perhimpunan itu bagi memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bermatlamat untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa bagi membebaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipenjarakan lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana