Berbelit Belit....Selangor setuju memuktamadkan perjanjian air

BATU CAVES: Kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk memuktamadkan keputusan perjanjian air di antara negeri itu dan kerajaan pusat.

Keputusan itu dibuat ekoran mengambil kira kesediaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTha) untuk kembali semula kepada terma perjanjian utama air yang ditandatangani pada 2014.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri telah menerima surat jemputan daripada kerajaan pusat untuk membincangkan semula isu air tersebut.

"Kerajaan pusat berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor kerana memberi kerjasama dan beliau (Menteri KeTTha) juga menyatakan kesediaan kerajaan persekutuan untuk kembali kepada terma perjanjian utama air yang ditandatangani sebelum ini pada 2014.

"Oleh kerana mereka telah menulis surat untuk kembali kepada terma asal, maka kerajaan negeri bersedia persetujuan ini dan kita ingin memberi jaminan untuk memuktamadkan perjanjian utama ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mesyuarat tersebut akan diadakan pada Isnin ini.

Azmin pada 12 Mac lalu meminta bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan semula kemelut penstrukturan air melibatkan kerajaan negeri dan pusat.

Sebelum Azmin membuat pusingan 'u turn' itu, Azmin terlebih dahulu memaklumkan bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air itu atas alasan kerajaan Persekutuan melanggar terma Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 Sept tahun lepas.

Keputusan itu dikhuatiri bakal menjejaskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), yang fasa pertamanya dijadual siap pada 2017, untuk menyediakan air bersih kepada pengguna di kawasan terlibat.

Bagaimanapun, Menteri KeTTha, Datuk Seri Maximus Ongkili ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Gombak itu di sidang Dewan Rakyat pada Selasa lepas dilaporkan berkata pelaksanaan penstrukturan air di Selangor tertangguh disebabkan kerajaan Selangor enggan menyelesaikan tiga daripada lapan syarat Perjanjian Utama dengan kerajaan pusat termasuk isu tanah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana