Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah....PM ambil langkah berani matikan tomahan pasal IMDB...

Tidak ada apa yang nak di sorok.Kini semuanya terbuka.Setelah berdepan berbagai tuduhan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB),Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah berani untuk membuktikan semua itu tidak betul.

Rabu...kabinet sendiri 'membicarakan' segala hal mengenai IMDB dan mendapati tidak ada salah laku.

Dalam sesi itu para menteri dan timbalan menteri telah mengemukakan pelbagai soalan pada pengurusan IMDB dan auditornya, Deloitte.

Satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri petang Rabu bukan setakat itu saja malah Najib memaklumkan kepada kabinet beliau sudah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk bertindak secara bebas bagi mengesahkan akaun 1MDB.

Selain itu,laporan Ketua Audit Negara mengenai akaun 1MDB itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC, badan yang dianggotai kedua-dua pihak penyokong kerajaan dan pembangkang di Parlimen.

"Sekiranya sebarang salah laku dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuasa tanpa sebarang pengecualian," kata Perdana Menteri dalam kenyataan itu.

Isu IMDB kebelakangan ini dimain sakan khususnya oleh pembangkang dalam usaha untuk memburukan kerajaan.

Malah ada yang membawa mulut konon ada kalangan menteri dan timbalan menteri ' ragu' mengenai IMDB.

Menurut kenyataan itu semasa di panggil mengadap kabinet,pengurusan IMDB telah memberi gambaran menyeluruh situasi semasa serta akaunnya.

Kabinet juga diberitahu mengenai tuduhan-tuduhan terbaru yang ditujukan terhadap IMDB berkaitan transaksi oleh pihak ketiga seperti Petrosaudi, bukan IMDB.

Pelaburan oleh IMDB telah diperolehi balik sepenuhnya dengan keuntungan yang besar diaudit.
Kabinet berpuashati tiada salah laku dan mahu syarikat itu dibenar melaksanakan hasil cadangan kajian strategiknya.

Baru-baru ini dilaporkan Petrosaudi menafikan dakwaan kononnya ada sejumlah dana yang diperoleh sepanjang kerjasama strategik dengan 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi di luar negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana