Batal perjanjian industri air:... Kerajaan PKR Selangor bakal rugi besar....Biarkan Lah Rakyat Selangor Memilihnya

SHAH ALAM 13 Mac – Kegagalan untuk meneruskan perjanjian penstrukturan semula industri air di negeri ini akan menyebabkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bakal kehilangan peluang untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air yang selama ini telah mengaut keuntungan tidak munasabah dengan mengenakan tarif tinggi kepada rakyat akibat perjanjian penswastaan yang berat sebelah.

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tanpa kawalan sepenuhnya terhadap industri air, kerajaan negeri berkemungkinan besar tidak mampu meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan yang dilaksanakan sejak 2008 akibat kekurangan dana.

Selain itu, jelasnya, syarikat konsesi berpeluang menaikkan tarif air sebanyak 52 peratus pada tahun ini seperti yang dibenarkan mengikut perjanjian penswastaan dan lebih buruk lagi, kerajaan negeri perlu membayar tunggakan kenaikan tarif sebanyak RM2 bilion kepada syarikat konsesi.

“Ini jelas menunjukkan kerajaan negeri akan mengalami kerugian besar sekiranya tidak meneruskan rundingan dengan kerajaan Persekutuan.“Saya amat berharap kepentingan rakyat diberi keutamaan dalam setiap tindakan serta keputusan selepas ini,” katanya dalam di sini hari ini.

Isnin lalu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri tidak akan meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air dengan kerajaan Pusat atas alasan perjanjian tersebut telah dilanggar dan tidak dipatuhi.
Abdul Khalid turut melahirkan rasa hairan dengan tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada syarikat konsesi Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash).

Jelasnya, tindakan tersebut bercanggah dengan usaha dan semangat rakyat Selangor untuk menjadi pemilik mutlak industri air di negeri ini apabila penstrukturan air dimuktamadkan.
“Saya khuatir tindakan kerajaan negeri ini akan mengakibatkan rakyat Selangor membayar lebih daripada jumlah yang dipersetujui sebelum ini iaitu RM9.65 bilion,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana