BAru Tahu Ker....Gerakan jatuhkan Presiden PAS bermula sejak 1998

KOTA BHARU: Gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh kumpulan tertentu dalam parti itu dikesan bermula sejak 1998, kata Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marsuki.

Beliau berkata pada 1998, PAS menjadi begitu terbuka menyebabkan kemasukan banyak kumpulan dari luar dan kumpulan berkenaan membentuk pasukan dalam PAS.

"Sebelum itu (1998) budaya 'team' tidak ada dalam PAS tetapi ia muncul selepas itu (1998) dan sekarang ini ia menjadi semakin membarah," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Wacana Ilmiah: PAS: Semalam, Hari Ini dan Esok di Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.

Ditanya tindakan PAS bagi menyelesaikan isu tersebut, Mohd Zuhdi berpendapat kumpulan berkenaan (tidak menyebut nama kumpulan atau mereka yang terlibat) akhirnya akan keluar daripada PAS untuk membentuk parti baharu.

"Saya yakin selepas Muktamar PAS 2015 ini akan berlaku dalam PAS iaitu akan ada dua kumpulan dengan satu daripadanya akan berpecah dari PAS dan tubuh parti baharu, itulah penyelesaian yang akan menyebabkan PAS kembali kepada suasana harmoni," katanya.

Mengenai cabaran lain yang sedang dihadapi PAS, beliau berkata PAS sekarang sedang berhadapan dengan wajah sebenar DAP, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, terutama menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

"Kita (PAS) perlu hadapi cabaran itu dengan jiwa besar iaitu kita masih melihat ada ruang untuk perkukuhkan hubungan dengan DAP dan (Parti Keadilan Rakyat) PKR tetapi dengan harapan DAP dan PKR faham susur galur pembentukan masyarakat dan negara Malaysia," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana