Bantah Oleh Penduduk PPR Kota Damansara desak kadar sewa kekal RM124 kepada RM250

SHAH ALAM: Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara sekali lagi menggesa kerajaan negeri mengekalkan kadar sewa rumah pada yang asal, iaitu berjumlah RM124.

Pengerusi Persatuan Penduduknya, Johari Nander ketika memberi keterangan di Jawatankuas Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) pada pagi tadi berkata, kadar sewa yang kini berjumlah RM250 amat membebankan penduduk, yang rata-ratanya berpendapatan kurang dari RM1,200.

"Untuk menyewa di PPR adalah berdasarkan kelayakan RM2,000 ke bawah, tanggung banyak, kelainan upaya dan ibu tunggal. Sepatutnya sewa hanya RM124 tetapi kini naik hingga RM250. Itu cukup menyulitkan keadaan, maka ramai tidak mampu bayar sewa sebab mengharapkan bantuan zakat dan sumber lain.

"Ada juga yang berpendapatan RM900 dan ramai tanggungan," katanya dalam sesi pendengaran awam berhubung penyelengaraan dan pemantauan perumahan PPR.

Sebelum ini kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat Selangor dibidas ekoran gagal menyelesaikan beberapa isu berkaitan PPR, termasuk kadar sewaan.

Untuk makluman, kadar sewaan du beberapa PPR di Selangor naik sehingga 100 peratus sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk dengan menyifatkan kerajaan negeri tidak mengutamakan prinsip kebajikan rakyat.

Malah penduduk di PPR Kota Damansara juga beberapa kali membuat aduan berhubung kenaikan kadar sewaan itu, dengan alasan kadar itu membebankan mereka kerana sumber pendapatan bulanan tidak mencukupi untuk menampung kos sewa dan perbelanjaan lain.

Bukan itu sahaja, meskipun kadar sewa dinaikkan kepada RM250, kerajaan negeri juga gagal memastikan tahap penyelenggaraan di PPR berkenaan dalam keadaan baik sehingga timbul dua kes kanak-kanak terjatuh sehingga menemui ajal.

Hal tersebut turut menjadi isu utama ketika sesi memberi keterangan dijalankan.

"Sejak 2010 kita meminta pihak berkenaan membaiki pemegang tangga, namun hingga sekarang tiada satu pihak pun lakukan. Malah pili bomba yang ada di setiap blok juga tidak berfungsi dengan keadaan baik.

"Ada sesetengah blok pili bomba ada, tapi air tiada. Keadaan begini tidak selamat, maka kami gesa kerajaan negeri bantu kami demi keselaatan kami dan anak-anak.

Sebelum 2008 kerosakan lif tidak ketara, boleh berfungsi hingga dua lif. Tetapi selepas 2008, lif boleh berfungsi hanya satu sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, penduduk di PPR itu meminta agar kerajaan negeri menawarkan perumahan kos rendah sebagai rumah sendiri memandangkan rata-rata penduduk di sana sudah menyewa lebih dari 10 tahun.

Pendengaran Selcat pada hari ini memfokuskan kepada 'Penyelenggaraan dan Pemantauan Perumahan PPR Selangor' yang dianggotai oleh Speaker Selangor, Hannah Yeoh; Timbalan Speaker, Shafie Ngah dan beberapa ADUN iaitu, Shaari Sungib, Xavier Jayakumar, Haniza Talha, Ng Suee Lim dan Sulaiman Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana