BANGANGNYA.....SIAPA AZMIN ALI HENDAK NASIHAT KERAJAAN SARAWAK?

Gesaan Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR agar kerajaan Sarawak mengkaji semula larangan masuk ke negeri ini yang dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan parti itu tidak masuk akal sekali.

Sekiranya terjadi demonstrasi mengganggu-gugatkan suasana aman damai di Sarawak dek hasutan individu-individu yang ditarik balik larangan memasuki negeri ini nanti, apakah Azmin sanggup bertanggungjawab ke atas segala kejadian buruk yang mungkin berlaku kelak?

Sedangkan akibat pelbagai demonstrasi-demonstrasi anjuran pembangkang dan kuncu-kuncu mereka di Semenanjung sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah merugikan kerajaan rugi beratus ribu ringgit.

Azmin yang dipetik dari Bernama sebagai berkata, PKR menghormati Perkara 18 Perjanjian Malaysia namun meminta budi bicara Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem untuk mempertimbangkan permohonan itu.

"Saya meminta ketua menteri melihat semula tindakan terhadap beberapa pemimpin PKR yang dihalang masuk ke Sarawak. Saya tegaskan sementara kita menghormati undang-undang Imigresen dan autonomi Imigresen dalam Perkara 18, tetapi atas budi bicara ketua menteri, saya minta dapat membantu perkara ini."

"Dan sekiranya ada maklumat yang perlu disampaikan kepada kami tentang mengapa mereka tidak dibenarkan masuk, kita boleh cari jalan penyelesaian," katanya lagi kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Adenan di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.

Larangan ke atas beberapa individu yang terdiri dari pemimpin pembangkang oleh kerajaan Sarawak mempunyai motif tersendiri kerana Sarawak tidak mahu terjebak dengan permainan politik kotor sepertimana yang dimainkan oleh pembangkang di Semenanjung.

Individu-individu berkenaan dikenalpasti mempunyai kecenderungan membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mendorong kepada rusuhan dan demonstrasi.

Jika Azmin benar-benar menghormati perjanjian Malaysia, yang melingkungi 20 perkara di Sabah dan 18 perkara di Sarawak, beliau harus redha dengan larangan tersebut tanpa mengesa kerajaan Sarawak untuk menarik balik arahan tersebut.

Lagipun, syarat tersebut yang ditandatangani pada 1963 semasa pembentukan Malaysia daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah hak Sarawak untuk melarang sesiapa saja yang dirasai menjadi "ancaman" kepada kedamaian dan keharmonian Sarawak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana