Bangangnya..... Peguam Nurul Izzah dakwa KPN bohong, desak letak jawatan

KUALA LUMPUR: Peguam Nurul Izzah Anwar mendesak Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar meletak jawatan atas alasan berbohong berhubung penahanan reman ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

R. Sivarasa dalam satu kenyataan berkata, Khalid berniat jahat dalam membuat penjelasan mengenai penahanan Nurul Izzah yang terpaksa bermalam di lokap Balai Polis Jinjang malam tadi.

“KPN cuba untuk menjustifikasikan penahanan reman Nurul Izzah di lokap Jinjang dengan menyatakan beliau akan dibebaskan sebaik saja keterangan direkodkan.

“Beliau cuba untuk beri tanggapan polis tidak dapat merekodkan keterangannya semalam, maka perlunya reman itu dilakukan.

“Tanggapan yang beliau cuba beri itu palsu dan tindakan itu tidak wajar bagi seorang ketua pasukan polis,” katanya.

Sivarasa berkata, semua yang berada di Balai Polis Dang Wangi mengetahui bahawa kenyataan Nurul Izzah boleh direkod sepenuhnya petang semalam.

Nurul Izzah ditangkap di Balai Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 3 petang semalam, apabila beliau tiba untuk memberikan kenyataan mengenai penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Nurul ditahan di bawah Akta Hasutan bagi membantu siasatan polis terhadap perhimpunan tersebut, dan ucapannya di Parlimen yang menyentuh sistem kehakiman negara.

Katanya, Nurul Izzah akan dibebaskan sebaik sahaja kenyataannya direkodkan, tanpa menyatakan bila.

Perhimpunan Kita Lawan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 7 Mac, telah menarik kira-kira 10,000 penyokong turun ke jalanan untuk menunjukkan solidariti dengan Anwar, yang telah dihukum penjara selepas disabitkan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana