Bangang Nya Tak Habis Habis!!!! Bantah GST : Dua Ahli Parlimen Pembangkang Ditahan

MP PAS pun mabuk kuasa jugak....apa tidaknya ini sudah diketegory ceroboh.

KUALA LUMPUR 24 Mac - Pihak polis telah menahan reman dua ahli parlimen antara 29 individu selama dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan demonstrasi Gerakan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di ibu pejabat Jabatan Kastam Diraja di Kompleks Kastam Kelana Jaya, semalam.

Mereka ialah ahli Parlimen PAS Kuala Krai yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan anggota Parlimen DAP Sungai Siput, Dr Michael Jayakumar Devaraj.

Namun senarai nama tokoh pimpinan pembangkang tidak terhenti di situ.

Selain mereka, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Mohd Nasaie Ismail, Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard; dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan juga turut ditahan di samping aktivis parti itu Kohila Yanasekaran dan bekas aktivis pelajar, Bawani Kaniappan.

Aktivis Pemuda PAS, Khalid Ismath bagaimanapun dibebaskan hari ini setelah permohonan reman terhadapnya ditolak oleh Mahkamah Majistret kerana beliau telah ditahan melebihi 24 jam sebelum permohonan reman dikemukakan polis.

Kesemua 29 yang ditahan reman itu malam ini terpaksa bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Dalam kejadian semalam, lebih 100 orang yang menyertai protes Gerakan Bantah GST dikatakan merempuh masuk ke ibu pejabat Jabatan Kastam di Kompleks Kastam Kelana Jaya, bagi menyerahkan memorandum 106 soalan berhubung GST selain mendesak pelaksanaan sistem cukai baru itu pada 1 April ini ditangguh.

Insiden itu berakhir dengan 79 individu, termasuk dua ahli Parlimen pembangkang ditahan polis atas dakkwaan menceroboh bangunan kerajaan.

Selain 29 orang yang disambung reman selama dua hari pada Selasa, 50 lagi dibebaskan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana