Baik PAS Keluarlah Daripada PR.....DAP dedah 'khianat' Hadi pada Pakatan Rakyat

KUALA UMPUR:  DAP hari ini mendedahkan 'khianat' Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Pakatan Rakyat berhubung isu pembentangan rang undang-undang (RUU) Persendirian di Parlimen akan datang.

Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke Siew Foke mendakwa Hadi tidak pernah membawa usul RUU itu untuk dibincangkan pada Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) pada 12 Mac lalu.

Namun Ahli Parlimen Marang itu pada 18 Mac bertindak menghantar usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat meminta agar RUU Persendirian kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud dibentang pada sidang akan datang, tanpa dimaklumkan kepada Pakatan Rakyatterlebih dahulu.

"Kita adakan mesyuarat pada 12 Mac lalu untuk bincangkan draf pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 sahaja. Memang ada pertikaian dan tidak setuju tetapi mereka tetap bentang.

"Tetapi isu rang undang-undang persendirian kita tak pernah bincang.

"Adakah ini satu tindakan jujur dari seorang pemimpin Islam yang perlu menepati janji, namun malangnya beliau tidak berbuat demikian?," demikian menurutnya ketika mengadakan sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh Hadi sebagai pengkhianat kepada Pakatan Rakyat kerana penghantaran notis berkenaan.

Guan Eng kemudiannya menuduh Hadi sebagai sengaja berbuat demikian bagi memecahbelahkan gagasan itu  dan menggertak DAP dan PKR agar menyokong hasrat kerajaan negeri PAS Kelantan melaksana hudud.

DAP dan PKR sebelum ini menyatakan bantahannya kepada kerajaan negeri PAS Kelantan berhubung hasratnya melaksanakan hudud.

Namun usul pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II tetap di bawa ke DUN Kelantan dan diluluskan selepas dibahaskan dalam masa dua hari.

Kerajaan negeri Kelantan seterusnya perlu membawa usul agar Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) dipinda sebelum membolehkan RUU pelaksanaan hudud di Kelantan menjadi realiti.

Enggan berlengah, Hadi tanpa memaklumkan kepada Pakatan Rakyat, bertindak menghantar notis itu pada 18 Mac lalu bagi memastikan usul itu dibawa ke Parlimen pada sesi 2015 juga.

Tindakan Hadi itu dianggap 'khianat' kepada pakatan Rakyat oleh pemimpin DAP.  

Menjawab tuduhan itu, Hadi pada sidang media selepas penutupan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah di Rusila, semalam berkata tiada istilah 'khianat' dalam tindakannya itu.

Ujarnya lagi, DAP sudahpun menandatangani kenyataan bersama pada 2011 bahawa ketiga-tiga parti kompenan Pakatan Rakyat  'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam pelaksanaan hukum hudud.

"Kami buat kenyataan bersama bahawa kami (Pakatan Rakyat-PR) menerima hakikat itu adalah hak kerajaan Kelantan (untuk melaksanakan hudud) dan kami beri ruang kepada DAP untuk tidak bersetuju.

"Kami tidak halang mereka untuk tidak setuju. Kami bukan orang Melayu yang mudah lupa. Kami orang Islam yang tidak lupa.

"Macam dalam isu pilihan raya PBT, kami (PAS) tidak setuju, tapi DAP tetap kemuka dalam (sidang) dewan (undangan) negeri dia (Pulau Pinang). Kami diam, tapi mereka tidak diam (dalam isu hudud). Itu bezanya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana