Azmin: Kidex Batal Dan Tak Batal

SHAH ALAM 6 Mac – Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan pernah mengumumkan pemba­talan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) seperti diumumkan sebelum ini, sebalik­nya hanya membatalkan pembangunannya.

Mohamed Azmin berkata, Kementerian Kerja Raya telah pun dimaklumkan mengenainya dan beliau ada menerima surat daripada kementerian itu untuk berbincang secara lebih lanjut.

“Ada dua beza, bukan batalkan projek tetapi batalkan pembangunan kerana itu adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Soal tanah, soal kelulusan, itu kuasa kerajaan negeri.
alt
“Kita membatalkan pembangunan kerana ia tidak mematuhi syarat-syarat maka Menteri Kerja Raya menulis surat memaklumkan bahawa kementerian telah diberitahu bahawa pembangunan ini dibatalkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau bercadang bertemu Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai pembangunan infrastruktur pengangkutan secara menyeluruh khususnya di negeri ini.

Pada 16 Februari lalu, Mohamed Azmin mengumumkan pembatalan projek pembinaan Kidex atas alasan syarikat konsesi gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
Menurutnya, kerajaan negeri telah memberi tempoh secukupnya supaya syarat-syarat tersebut dipenuhi namun syarikat konsesi terbabit gagal berbuat demikian.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh syarikat konsesi ialah menyediakan penilaian kesan lalu lintas, sosial dan alam sekitar, menyatakan kadar tol sepanjang tempoh konsesi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana