Azmin Khianati Rakyat Selangor

KUALA LUMPUR 14 Mac – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali didakwa mengkhianati rakyat negeri itu apabila membuat keputusan membatalkan perjanjian air dengan kerajaan Persekutuan.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata, alasan yang diberikan Mohamed Azmin berhubung kegagalan kerajaan Persekutuan mematuhi syarat hanyalah satu gimik politik.

“Undang-undang yang dibuat adalah undang-undang manusia, banyak lagi langkah lain yang boleh diguna pakai.

“Buatlah keputusan dengan memikirkan nasib rakyat terutama yang tinggal di flat yang terpaksa mengangkut air. Contoh dapat dilihat semasa krisis air tahun lalu,” katanya.

Beliau yang juga Sekretariat NGO Selangor berkata, rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada kepimpinan sekarang berbanding ketika Tan Sri Abdul khalid Ibrahim menjadi menteri besar.

“Kerajaan persekutuan buat loji air dan hampir 20 peratus akan siap. Azmin perlu rasional  selesaikan isu air bukan menuding jari kepada pihak lain,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana