Azmin Ali Bakal Disenaraihitamkan Kerana Tabur Fitnah Di Sarawak?

SIBURAN: "Menteri di Sarawak, habis tanah di rampas," itu adalah antara kata-kata Menteri Besar Selangor Azmin Ali, yang juga Timbalan Presiden PKR dalam salah satu ceramahnya di Sarawak semalam.

Azmin, yang tiba ke Sarawak untuk lawatan dua hari di sini bagaikan tidak menghargai kebenaran dari kerajaan Sarawak bagi beliau untuk memasuki Sarawak.

Beliau bagaikan tidak memperduli amaran yang telah dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem iaitu akan menghalang eksterimis-ekterimis dari Semenanjung Malaysia yang datang ke sini hanya untuk menabur fitnah dan menghasut.

Admin, sebagai anak jati Sarawak, mohon agar Azmin Ali mengemukakan bukti akan tuduhan beliau mengenai menteri-menteri yang beliau dakwa merampas tanah itu.

Mungkin ianya sudah menjadi lumrah di Semenanjung untuk menabur fitnah semasa berkempen, namun di Sarawak, itu bukanlah amalan kami.

Satu lagi fitnah Azmin ketika berucap di perkarangan Pejabat PKR Cabang Mambong, Siburan yang dihadiri oleh lebih kurang 350 orang adalah kenyataannya iaitu, "Kalau BN (Barisan Nasional) bagi duit ambil, Undi BN hanya bagi RM10, di mana maruah kita sebagai pengundi."

Sekali lagi, tolong buktikan kenyataan anda, jangan main serkap jarang sahaja dan mengfitnah BN "membeli" undi.

Waima pun, terdesak atau ketandusan isu, usahlah Azmin Ali cuba menghasut rakyat dengan sedemikian rupa.

Rata-rata pembaca Sarawakiana mengecam Azmin di Page FB Sarawakiana dalam artikel "Azmin Perlu Cermin Diri Sendiri Dan PKR Dulu Sebelum Kritik PBB"  sebelum ini.

Malah ada pembaca dengan sinis menyindir Azmin agar balik ke Selangor dulu agar menyelesaikan masalah-masalah seperti Aedes dan sebagainya sebelum nak masuk campur dalam pengurusan kerajaan Sarawak.

Tidak kurang juga mereka menggesa Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri menghalang Azmin Ali dari memasuki negeri ini lagi atas lasan mengganggu kestabilan dan keharmonian rakyat di bumi kenyalang dengan fitnah-fotnah yang beliau taburkan dalam ceramah-ceramah beliau.

Kerajaan negeri kini patut mempertimbangkan larangan dari memasuki Sarawak ke atas Azmin Ali kerana majoriti rakyat Sarawak tidak mahukan eksterimis sepertinya menghasut rakyat dengan fitnah-fitnah beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana