Apa macam Rafizi?..Ini jawapan JPM pasal dakwaan PM beli pesawat peribadi baru

Rafizi Ramli dan rakan-rakannya Ahli Parlimen Pakatan dengan wajah penuh bangga mengadakan satu sidang akhbar di lobi Parlimen Isnin konon untuk mendedahkan pemborosan dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Siapa yang tidak melompat marah...kalau ikut ceritanya bunyi macam Perdana Menteri sudah joli sakan tempah jet peribadi baru Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) untuk kegunaannya.

Setiausaha Agung PKR dan Ahli Parlimen kawasan Pandan ini pun tunjuklah dokumen yang didakwa mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia membuat perjanjian sewa beli dengan syarikat Jet Premier One (M) Sdn Bhd bagi memperolehi jet baru itu jenis Airbus ACJ320 itu.

Dakwanya pembelian pesawat itu adalah satu pembaziran.

Dimana agaknya Rafizi nak sorok muka kalau membaca kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai menjawab dakwaannya itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang Isnin JPM tidak menafikan pembelian itu.

Ia menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang sudah berusia 16 tahun.

Pesawat itu adalah untuk kegunaan Yang Dipertuan Agong.

Menurut JPM kerajaan memperoleh pesawat ACJ320 itu melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.

Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.

Pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.

JPM menyatakan selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana