Anwar Tak Layak Hadir Ke Parlimen....Hu Hu HU

KUALA LUMPUR 26 Feb - Secara dasar, Anwar Ibrahim masih tidak layak untuk menghadiri sesi persidangan Dewan Rakyat kerana belum mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ini kerana petisyen yang dikemukakan anggota keluarganya untuk memohon maaf, kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, masih tidak memadai untuk membolehkan Ketua Pembangkang itu hadir ke Dewan Rakyat.

“Kalau kita lihat dari segi moralitinya, dia (Anwar) memang tidak layak untuk hadir ke Parlimen kerana disabitkan bersalah dalam kes meliwat bekas pembantu peribadinya.

“Dan dia juga masih lagi tidak mendapat pengampunan Diraja, kalau hanya setakat permohonan daripada keluarga atau partinya sendiri, ia belum tentu diterima.

“Jadi kalau mengikut perlembagaan, tidak ada mana -mana undang sekalipun yang membenarkan untuk Anwar datang ke Parlimen sebagai wakil rakyat,” jelasnya ketika dihubungi BNBBC.my.

Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Anwar masih belum hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selepas keluarganya memohon pengampunan Diraja Selasa lalu.

Anwar, kata Wan Junaidi bagaimanapun perlu membuat permohonan kepada dua badan iaitu Jabatan Penjara dan Parlimen sebelum KDN boleh membuat pertimbangan membenarkan atau tidak beliau hadir ke Dewan Rakyat.

“Negara kita ada undang-undang, kalau dia dah dapat pengampunan Diraja dan membolehkan dia untuk datang ke Parlimen, datang sahajalah, kita tidak ada apa-apa masalah.

“Tapi kalau dia itu tidak mendapat pengampunan, maka memang tidak layak dan dia memang tidak diizinkan untuk datang ke Dewan Rakyat,” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana