ANWAR Boleh Rebahhhh Tau.....PKR gigit jari jika DAP atau PAS keluar Pakatan

Mungkin ramai yang lupa... kerajaan Pakatan di Selangor dibina oleh PAS dan DAP yang menyumbang masing-masing 15 kerusi.
PKR hanya ambil 'trofi' saja iaitu jawatan Menteri Besar, sungguhpun parti itu hanya ada 13 kerusi DUN dari 56 di Selangor.

BN melalui UMNO sumbang 12 manakala Bebas kerusi Pelabuhan Klang Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketakutan utama DAP untuk mengisytiharkan PAS tersingkir dari Pakatan adalah kerana kerajaan Selangor.

Kedudukan Selangor akan goyang jika Guan Eng berani mengatakan DAP tidak mahu bekerjasama dengan PAS.

Sekutu mereka, PKR sudah pasti 'gigit jari' jika hilang kerajaan Selangor, kerana yang paling lemah dan tiada 'base' adalah PKR.

Di sebalik berkokok macam ayam jantan, Azmin sebenarnya MB paling lemah kerana menjadi MB atas ehsan PAS dan DAP.

Sebab itu dalam kenyataan medianya pada Selasa, Guan Eng hanya sebut menghentikan kerjasama dengan Hadi bukan PAS, kerana ketakutan DAP akan hilang kuasa di Selangor.

Menurut Guan Eng parti itu kini sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Hadi sebagai pemimpin pakatan pembangkang dan DAP tidak lagi boleh bekerjasama dengan Hadi yang disifatkan tidak jujur dan tidak bermaruah.

Dalam pada itu, PAS Selangor akan terus menyokong Hadi meskipun tindakannya dalam isu hudud ditentang keras sekutu mereka, DAP sehingga memutuskan hubungan dengan Presiden parti itu.

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, beliau akan tetap bersama dengan Abdul Hadi dalam mempertahankan pendirian parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

“Saya kekal teguh bersama Presiden Pas (Abdul Hadi),” katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Kenyataan Iskandar itu kemudiannya disokong oleh ahli-ahli PAS negeri.

Dalam laman Facebook milik PAS Selangor, mereka menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Abdul Hadi dan Iskandar selain bersedia mempertahankan tindakan parti itu dalam isu hudud.

“Kami teguh bersama Pesuruhjaya PAS Selangor (Iskandar) dan Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi). Anda bagaimana?” jelas status Facebook PAS Selangor Selasa.

Sementara itu,Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othma menyifatkan tindakan DAP untuk menghentikan kerjasama dengan Hadi susulan isu hudud, bukan sesuatu yang pelik.

Ini kerana, katanya, tindakan itu adalah daripada anggota DAP dan bukan PAS.

"(Tindakan) itu tidak pelik...yang pelik ialah kalau ada ahli PAS sendiri yang tidak taat pada Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), sedangkan presiden dipilih oleh ahli di dalam Muktamar Tahunan yang sah.

"Walaupun DAP menolak presiden kita, tetapi ahli-ahli kita di Selangor tetap bersama Presiden PAS," katanya dalam satu kenyataan media.

Mohd Khairuddin berkata PAS Selangor akan terus kekal bersama Pakatan selagi parti itu belum menerima sebarang arahan daripada kepimpinan tertinggi berhubung kerjasama dalam pakatan itu.

"PAS Selangor tidak menerima sebarang arahan untuk meninggalkan Pakatan dengan sebab itu kita kekal," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana