Anda Nilaikan Lah....Buruknya Sikap Seperti Ini....Dr Dzul : Musuh Saya Tetap UMNO-BN

Kalau umat islam, musuh mereka adalah kafir harbi sementara saudara mereka adalah seluruh umat islam... maka renunglah pengakuan fasik pemimpin pas ini...Kalau Dengan DAP bukan ker main mesra walaupun DAP Hina begitu teruk sekali pun....ini manusia jenis apa tak tahulah.

Kata MP PAS...Ilmu agamanya Tinggi...hu hu hu.Admin harap orang melayu sedar lah siapa ANWARINAS yang sebenarnya.

SHAH ALAM 9 Mac - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahamad menolak dakwaan mempunyai musuh dari dalam parti selepas kejadian dibelasah indibidu yang tidak dikenali di perkarangan rumahnya beberapa hari lalu.

Katanya, musuh tetap beliau merupakan seteru politik tradisi iaiatu dari UMNO dan Barisan Nasional (BN)

“Berdepan dengan prospek pemilihan, kami sebagai pimpinan PAS Pusat mesti sedar kalau silap menyebut perkara itu, media menunggu peluang. Peluangnya memburukkan parti dan memburukkan imej kita.

“Cukup bagi mereka mengatakan dua kali lima sajalah walaupun PAS parti Islam. Bahkan lebih teruk lagi jika MIC angkat kerusi tetapi ini sudah sampai fizikal dan ganas dengan tidak ada apa-apa amaran,” katanya lapor The Malaysia Insider.

Dzulkefly berkata walaupun ramai yang membangkitkan teori mudah berhubung insiden serangan itu namun tidak mudah baginya cenderung kepada pandangan tertentu.

Katanya, apa yang lebih penting ketika ini ialah memberi imej yang baik kepada PAS kerana ia tidak mudah diperbaiki apabila sudah dicemari.

“Bila sudah jatuh seperti Umno sekarang, hendak bangkitkan balik melibatkan jururunding antarabangsa, pakej semula, menstrukturkan dan reformasi tetapi bila sudah rosak ia tidak boleh diperbaiki.

“Sebelum parti sampai ke tahap itu, saya khuatir pihak yang tidak memandang kepentingan jangka jauh, mereka mahu manfaat, kemenangan dan sokongan hari ini tetapi dengan melakukan hal itu akan menjejaskan persepsi parti untuk jangka waktu panjang.

“Mungkin kita selamat menuding jari menyalahkan pesaing misalnya, tetapi dengan menyebut perkara itu yang menjadi mangsa dan mudarat ialah parti,” katanya.

Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, menjadi lumrah berlaku sedikit ketegangan menjelang beberapa bulan sebelum pemilihan PAS namun serangan yang menimpa dirinya disifatkan sebagai luar biasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana