Al kisah... Ustaz Kazim vs Dr Maza round kedua....Apa Salahnya Bawa Berbincang...Lagi Baik Kan

Makin ramai yang getik sejak episod adegan yang tidak mahu kita lihat kini jadi sensasi di media sosial. Ada pakcik makcik yang geleng kepada tengok gelagat penyokong kedua-dua tokoh popular ini bertempur sakan sebab 'hadis roti jala'.
Admin facebook Ustaz Kazim Elias dan Dr Maza.com milik Dr Asri Zainal Abidin saling serang menyerang.

Bagaimanapun pada Jumaat geng Mufti Perlis itu 'kantoi' apabila menggunakan akaun twitter palsu Ustaz Kazim sebagai memperkukuh hujah mereka dakwa pasal hadis palsu.

Menurut facebook Ustaz Kazim yang mempunyai hampir satu juta pengikut, wujud twitter palsu bertujuan memfitnah dirinya.

Beliau juga mendakwa kewujudan akaun twitter palsu itu juga, yang diwujudkan oleh geng Dr Maza yang identitinya tidak didedahkan, bertujuan menjatuh dan memburuk-burukkan kredibilitinya.

Beliau menyifatkan kumpulan ini tidak bertanggungjawab dan berkata bahawa beliau hanya mempunyai akaun facebook (FB)sahaja dan tidak mempunyai akaun twitter dan laman sosial lain.

Beliau juga menjelaskan bahawa:”. . . .hanya menjawab segala persoalan di dalam facebooknya berhubung isu yang dibangkitkan oleh pengikut laman sosialnya”.

"Setakat ini saya ada seramai 945,000 pengikut (follower) di dalam facebook saya," katanya kepada media siang tadi (Jumaat) mengulas wujudnya akaun laman sosial palsu yang memaparkan tentang hadis-hadis palsu dan komen-komen yang negatif terhadapnya.

Ustaz Kazim yang semakin popular berikutan mempunyai beberapa rancangan khas disiarkan oleh media elektronik seperti RTM dan Astro bimbang dengan kewujudan akuan twitter palsu itu yang masih aktif  dan dikhuatiri boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai penceramah bebas.

Sementara itu, sejak kantoi berhujah menggunakan twitter palsu, geng Dr Maza cuba tarik perhatian bahawa pihaknya membuka pintu pejabat seluas-luasnya sekiranya Datuk Kazim Elias mahu berbincang isu larangan berceramah.

Macam tak mahu mengaku salah... kumpulan Dr Maza.com itu mendakwa puak Ustaz kazim yang bersalah.

"Alangkah baiknya, jika pihak berkenaan (Kazim) hentikan perbalahan di media massa kerana itu mendesak pihak saya yang terbabit dengan pentadbiran sebuah negeri menjawab secara terbuka.

"Apa pun, atas dasar ukhuwwah dan dakwah, pintu pejabat dan jantung hati saya sentiasa terbuka untuk berbincang serta 'minum dan tersenyum'," ujarnya dalam status laman sosialnya hari ini.

Malah, katanya, alangkah baiknya jika pada hari pertama surat itu diviralkan, pihak KAzim tidak siarkannya dalam Facebook sebaliknya hubungi saya dan tanya terlebih dahulu.

Banyak pandangan terutama mereka yang terbabit dalam bidang hadis telah dilontarkan mengenai isi-isi ceramah pihak berkenaan.

"Maka, dalam pemilihan panel forum pihak jabatan setelah berbincang melihat tidak sesuai untuk program itu, bukan mengeluarkan fatwa khas menghukum dan melarang sepenuhnya pihak terbabit.

"Pihak saya sejak hari awal isu timbul telah menyampaikan salam kepada pihak berkenaan melalui wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ustaz Zakaria pengerusi forum.

"Saya telah tegaskan tiada isu peribadi dan bukan larangan mutlak," katanya.

Ustaz Kazim menarik perhatian umum apabila sejak beberapa hari lalu berdepan tuduhan menyebar hadis palsu seperti didedahkan Mohd Asri yang menuduhnya terlibat dengan pembacaan riwayat palsu mengenai Rasulullah S.A.W.

Ini termasuklah menyebut tentang Ustaz Kazim mendakwa Rasulullah SAW makan”roti jala yang dicicah dengan kuah kari.”

Sepucuk surat yang kini viral dalam laman internet mengenai surat Asri kepada pegawai kanan di pejabat MB Perlis yang menyebut “dia (Asri) tidak setuju (jemputan sebagai ahli panel) atas alasan Ustaz Kazim terlibat dengan pembacaan riwayat palsu mengenai Rasulullah SAW”.

Ustaz Kazim menjelaskan pihak berkenaan sepatutnya menghubungi beliau sendiri untuk mendapatkan penjelasan berhubung apa yang dianggap sebagai riwayat palsu.

Mengenai cerita roti jala yang dikaitkan, katanya, apa yang beliau perkatakan dalam buku yang ditulisnya ''Tuhan Sedang Menguji Kita'' hanya secara kiasan.

Katanya, Rasulullah SAW buat kenduri kahwin dengan menghidangkan roti dengan kuah kambing yang dikiaskannya sebagai roti jala dan kari.

Menurut Ustaz Kazim, salah faham timbul apabila ada pihak mengambil sebahagian sahaja petikan ayat daripada buku itu.-6/3/2015

BERITA SEBELUM INI

Saya hormat dia... dia malukan saya - kata Ustaz Kazim terhadap tindakan Dr Maza

Yang empunya diri bersuara... tindakan Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tidak bersetuju beliau dipilih menganggotai panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam di negeri itu dianggap satu tindakan yang tidak adil dan memalukan.

Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias berkata Mohd Asri mengeluarkan surat melalui Jabatan Mufti Perlis kira-kira dua minggu lepas bagi membatalkan beliau sebagai ahli panel forum yang diadakan sempena Hari Keputeraan ke-72 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Mei depan.

"Secara peribadi saya malu apabila dituduh periwayat palsu. Saya hormat dia sebagai seorang mufti tetapi bila dia keluarkan kenyataan sebegitu seolah-olah saya menyampaikan benda yang tidak betul kepada pendengar ceramah saya selama ini. Mereka yang pernah dengar ceramah saya akan jadi keliru dengan isu ini.

"Saya terpaksa mempertahankan diri sebab ia menjejaskan kredibiliti dan imej saya sebagai seorang penceramah yang dituduh menggunakan riwayat palsu," katanya dalam sidang media di Manjoi Perak pada Khamis.

Melalui entri terbaharu Facebook Rabu, Mohd Asri kesal dengan penyebaran surat dalaman urusan kerajaan itu melalui internet.

“Surat itu tidak menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan  tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan Raja Perlis,” kata Asri.

Menurutnya, ia adalah surat dalaman pentadbiran dan penyebaran surat itu tidak sepatutnya berlaku.

Mohamad Kazim, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, diminta mengulas penyebaran surat berkaitan di media sosial sejak pagi semalam yang menyatakan Jabatan Mufti Perlis tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel forum berkenaan atas alasan sering menggunakan riwayat palsu dalam ceramahnya.

"Kalau saya dikatakan mengeluarkan riwayat yang tak sahih, sepatutnya perkara ini boleh dibawa berbincang, bukan dengan mengeluarkan surat dan tersebar meluas di media sosial," katanya.

Beliau berkata riwayat palsu yang dimaksudkan dalam surat berkenaan merujuk kepada rakaman di YouTube daripada satu ceramahnya yang antara lain menyatakan 'kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari.'

Mengulas perkara itu, Mohamad Kazim berkata beliau hanya membuat perbandingan bahawa di negara ini roti jala yang dicecah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

Kazim berkata, salah faham timbul apabila ada pihak mengambil sebahagian sahaja petikan ayat daripada buku itu.

"Mungkin dia ada isu lain yang tersirat di hati dia. Sebagai orang Islam (kita) sepatutnya saling tolong-menolong, bukannya menyekat," katanya.

Kazim sebelum ini pernah ditawarkan menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan oleh Datuk Seri Najib Razak namun menolaknya bagi memudahkan urusan dakwah beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana