Air: Kerajaan Selangor timbang pajak tanah kepada Putrajaya....Berbelit Belit Cakap MB Selangor Plak

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersetuju menimbang untuk memajak tanah negeri itu yang diinginkan oleh Putrajaya bagi membolehkan pelaksanaan perjanjian penstrukturan air negeri itu yang tergendala sebelum ini.

Menteri Besar Mohamad Azmin Ali berkata rundingan antara kerajaan negeri dan Kementerian Tenaga, Teknolgi Hijau dan Air (KeTTHA) dijangka berlangsung minggu depan.

Azmin berkata pihaknya bersedia membuka semula rundingan setelah beliau enggan melanjutkan permintaan Putrajaya melanjutkan Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Air Selangor itu minggu lalu.

Beliau berkata tindakan itu diambil berikutan tuntutan Putrajaya untuk mengambil alih tanah 26,000 kilometer persegi yang melibatkan pemasangan paip-paip air di Selangor.

Azmin berkata Putrajaya kini bersetuju mengubah semula tuntutan pengambilalihan tanah itu kepada pajakan semata-mata.

"Pajakan kita boleh bincang, tetapi jangan letak syarat baru mahu hak milik tanah, itu kita tidak benarkan,"kata Azmin kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Azmin berkata kerajaan negeri mahukan Putrajaya berpegang kepada terma-terma yang terkandung di dalam Perjanjian Utama air itu.

"Kalau itu dipegang, kerajaan negeri bersedia untuk berunding semula. Yang menyebabkan kita tak bersetuju melanjutkan tempoh baru-baru ini kerana mereka telah melanggari terma Utama yang tercatat dalam perjanjian tersebut," katanya.

Azmin mendakwa KeTTHA  menukar rentak hanya selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

"Sekarang dia (KeTTHA) tidak mengaku pernah minta tanah. Kalau benar dia kata tak minta kenapa dalam surat terbaru dia sebut secara jelas 'kerajaan persekutuan sedia untuk kembali kepada terma asal perjanjian pertama,” katanya.

Perjanjian Utama (MoA) air itu ditandatangani oleh KeTTHA dan mantan MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 12 September lalu.

Ia bagi membolehkan kerajaan negeri memperolehi bantuan Putrajaya bagi mengambil air aset empat syarikat konsesi dan menguruskan sendiri industri air di Selangor.

Menjawab tuduhan-tuduhan Azmin, Menteri KeTTHA Datuk Seri Maximus Ongkili mendedahkan Selangor gagal menyelesaikan tiga daripada lapan syarat MoA dengan kerajaan pusat termasuk isu tanah.

Dalam pada itu, Azmin juga mengesahkan kerajaan Selangor meluluskan lesen operasi kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash).

Katanya, kelulusan itu diberi kerana ia adalah sebahagian daripada perjanjian induk pelan penstrukturan air ditandatangani dengan Putrajaya.

Sambil menafikan wujudnya sebarang salah laku, beliau berkata, kerajaan negeri tidak boleh membatalkan lesen itu kerana Splash sudah diberi kebenaran setahun untuk mengeluarkan air tidak dirawat seperti termaktub dalam perjanjian induk.

Bagaimanapun, Azmin tidak menjelaskan sama ada pembatalan perjanjian induk itu turut melenyap perjanjian dengan Splash.

"Lesen yang diberi kepada Splash dan Puncak Niaga adalah lesen mengeluarkan, lesen untuk mengeluarkan air tidak dirawat dan ini memakan masa. Jika tidak bagaimanakah mereka mahu beroperasi.

"Dan Splash tidak diberi setahun (untuk mengeluarkan air tidak dirawat) selepas perjanjian induk ditandatangani, maka bagaimanakah kerajaan negeri hendak membatalkannya. Prinsip keadilan mesti ditegakkan,” tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana