Agus sifatkan insiden tumbuk Dr Dzul sebagai politik kegilaan...Baru Tahu Ker Dalam PAS Pun Ada Giler

SHAH ALAM: Penganalisis politik Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yussof menyifatkan insiden Dr Dzulkefly Ahmad ditumbuk pagi semalam membuktikan budaya berpolitik di Malaysia semakin hilang nilai murni.

"Mendapat tahu Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad ditumbuk pagi ini (semalam), saya sedih. Mengapa sampai begitu sekali semakin hilangnya arah kita berpolitik?

"Pada saya, kejadian pagi ini adalah gambaran kecelaruan minda dan ilmu orang yang melakukannya. Ia menandakan semakin hilangnya nilai-nilai murni kita dan semakin jumudnya pemikiran politik kita," katanya melalui status laman sosial Facebook.

Malah rakan-rakan beliau juga meluahkan kekecewaan mereka terhadap kejadian politik ganas seperti ini.

"Kita perlu kembali kepada waktu yang aman sebelum ini di mana kita boleh memegang tangan ... bersama-sama. Saya lebih suka menjadi jahil tetapi bahagia daripada berilmu tetapi berada dalam kesedihan," katanya.

Beliau mahu kejadian ini disiasat oleh pihak polis dan mengheret individu yang terlibat ke muka pengadilan kerana tidak mahu kejadian ini berulang kelak.

"Parti apa pun yang kita sokong atau pemimpin mana pun yang kita sokong, kita tidak boleh membiarkan sama sekali politik keganasan menular di negara kita.

"Saya harap kejadian ini menyedarkan kita betapa pentingnya kita memilih sikap politik yang matang, yang boleh meraikan perbezaan pendapat dengan baik.

"Yakinlah, parti apapun yang kita sokong, agama, bangsa dan kenegaraan kita tetapkan mengikat kita bersama," ujar beliau.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menjadi sasaran individu tidak dikenali, apabila ditumbuk di bahagian muka ketika pulang daripada menunaikan solat Subuh, pagi semalam.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu ditumbuk seorang lelaki kerana dikatakan bersikap kurang ajar.

Akibat tumbukan itu, Dr Dzulkefly cedera di dahi dan pecah bibir. Sementara itu satu laporan polis telah dibuat dan pihak polis telahpun pergi ke rumah beliau untuk mengambil keterangan dan melakukan siasatan.

Insiden berkenaan dikatakan ada kaitan dengan kenyataan terbaharu pemimpin itu yang mengatakan sudah hilang hormat terhadap golongan ulama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana