ADUN tunggal PKR mungkin ikut arahan, tidak hadir DUN Kelantan...Jadi Siapa Yang Tolak Hukum Hudud Sebenarnya?

KOTA BHARU: Ketidakhadiran ADUN tunggal PKR, Roslan Puteh ketika sesi pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di persidangan DUN Kelantan pagi tadi berkemungkinan atas arahan parti, demikian menurut ADUN Paloh, Datuk Norzula Mat Diah.

"Saya tidak tahu pendirian yang akan diambil oleh seorang ADUN PKR dan begitu juga apa sebabnya beliau tidak datang.

"Kita tidak merasakan beliau menentang, mungkin sekadar arahan dari kepimpinan mereka, tetapi itu kita tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas DUN Kelantan menangguhkan sidangnnya, sebentar tadi.

Kelibat Roslan, yang merupakan ADUN Guchil tidak kelihatan sehinggalah persidangan ditangguhkan pada jam 1 petang tadi.

Beliau sebelum ini memberitahu bahawa pendirian partinya masih rahsia dan hanya akan diumumkan semasa beliau mengundi bersama ADUN parti lain apabila pindaan itu dibentangkan.

Bukan sahaja Roslan, ADUN Salor, Datuk Husam Musa juga gagal untuk menghadiri sesi pembentangan pindaan enakmen itu pada hari ini dan ia sedikit sebanyak menimbulkan 'tanda tanya' bersabit pendiriannya terhadap usul itu.

Norzula yang juga Ketua Pembangkang DUN Kelantan berkata beliau enggan mengulas ketidakhadiran Husam namun mengakui akan menunggu esok hari bagi melihat apakah pendirian Naib Presiden PAS itu berhubung usul yang kini sedang dibahas.

"Saya tidak tahu apa sebab ketidakhadirannya, namun ia memberi kesan terhadap persidangan DUN sebab ia memerlukan sokongan enakmen yang dibentang MB hari ini. Kita merasakan ada sesuatu yang mungkin tidak disenangi beliau, berasaskan beliau seringkali tidak hadir ke persidangan.

"Esok masih panjang dan mungkin beliau akan buat keputusan lain. Sekarang ramai pihak memberi fokus kepada Kelantan untuk beri sokongan atau menentang enakmen ini. Mungkin beliau tidak mahu menjadi orang yang tidak menyokong enakmen ini (jika datang). Atau jika beliau datang, mungkin beliau cukup marah dengan pentadbiran hari ini," ujarnya.

ADUN Melor Dr Md Yusnan Yusof pula enggan melihat ketiadaan Husam ketika pembentangan pindaan hudud itu sebagai tidak menyokong enakmen berkenaan, apatah lagi beliau sebelum ini dikaitkan sebagai golongan Anwarinas.

"Saya tidak mahu komen, mungkin beliau ada tugasan lain.

"Isu Anwarinas itu dakwaan media. Namun pada saya dan rakan-rakan, kita tiada golongan Anwarinas atau apa sahaja. Mana yang betul dipertahan, mana yang salah kita tolak," ujarnya.

PKR sebelum ini membayangkan parti itu sependapat dengan DAP yang sebelum ini lantang menentang pelaksanaan hudud.

Malah DAP juga menggesa Pakatan Rakyat mengambil tindakan pada kerajaan negeri Kelantan yang tetap membentangkan usul itu meskipun ia bukan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Kerajaan Negeri kelantan kemudiannya mempertahankan tindakan mereka kerana pembentangan kali ini adalah bersifat pindaan sahaja kepada akta sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan itu ujar kerajaan negeri adalah penambahbaikan kepada undang-undang Islam itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana