Admin Tabik Lah KPN.....Polis siasat The Malaysian Insider siar berita bohong

BANGI, 26 Mac – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis akan memanggil Ketua Pengarang The Malaysian Insider berikutan portal berita liberal itu yang dikatakan kerap melaporkan berita tidak betul dan mengelirukan.

Dalam kiriman di laman Twitter hari ini, beliau berkata, polis ingin mengetahui apa motif portal berkenaan.

Beliau bagaimanapun, tidak merujuk kiriman Twitter itu kepada mana-mana berita yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.

Adalah dipercayai kenyataan Khalid itu ada kaitan dengan laporan polis yang dibuat oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, berkata laporan yang dibuat di Balai Polis Jalan Travers Kuala Lumpur pagi tadi juga bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan menyiasat laporan yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan hudud.

Semalam, The Malaysian Insider menyiarkan berita yang memetik sumber memberitahu bahawa Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang Persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Apa yang mengelirukan ialah undang-undang hudud Kelantan itu diluluskan oleh sidang Dewan Undangan Negeri pada 19 Mac dan Sultan Kelantan memberi pekenan kepada undang-undang itu ketika merasmikan sidang berkenaan pada 16 Mac.

Tetapi, menurut laporan portal berita aliran liberal dan pro Barat itu, cadangan pindaan berkenaan ditolak pada mesyuarat Majlis Raja-Raja 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.

Berikutan laporan berita berkenaan, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata The Malaysian Insider terus menerus mempromosi fitnah dan tohmahan untuk memecahbelahkan umat Islam di Malaysia.

Dalam kiriman terbarunya menerusi laman Facebook beliau, Asyraf menulis:

“THE MALAYSIAN INSIDER tidak habis2 mempromosi fitnah dan tohmah hanya untuk memecah-belahkan umat. Majlis Raja-Raja tidak pernah pun membincangkan berkenaan dengan perlaksanaan Hudud, apatah lagi untuk menolaknya. Yang dibincangkan hanyalah berkenaan menaik taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat.”

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, juga menyanggah laporan mengatakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu telah menolak pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk melaksanakan undang-undang hudud.

“Saya telah dapatkan pengesahan daripada pegawai istana dan menteri bahawa laporan TMI mengenai Majlis Raja-Raja menolak hudud adalah tidak benar.

“Cadangan pindaan Akta Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1985 tidak dibincangkan pada persidangan Majlis Raja-Raja pada 11 Mac,” katanya yang mengakui bertemu sendiri dengan pihak istana.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana