Ada Yang Tak Boleh Tidur Malam .....Siasat Segera 'Barua' Dalam PR

KOTA BHARU 2 Mac – Pas negeri mahu siasatan dilakukan secepat mungkin terhadap dakwaan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, hasil siasatan tersebut penting bagi membuktikan sama ada benar ada gerakan yang diketuai oleh pemimpin kanan parti itu untuk menjatuhkan Abdul Hadi atau sebaliknya.

“Pada masa ini kita beri ruang kepada Jawatankuasa Disiplin membuat siasatan. Kita tunggu perkembangan. Mungkin laporan itu nanti ada bukti dan kita tengok bukti itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas masalah dalaman Pas sejak akhir-akhir ini termasuk terdapat gerakan menjatuhkan Presiden iaitu perkara yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Semalam, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mengakui Pas menghadapi pelbagai cabaran termasuk berdepan dengan kewujudan kumpulan-kumpulan tertentu di dalam parti itu sehingga mengancam asas perjuangan mereka.

Beliau dilaporkan berkata, kumpulan yang wujud dalam Pas sekarang bukan sahaja menongkah arus, malah berani mewujudkan gerakan untuk menjatuhkan Presiden.

Sementara itu, Mohd. Amar yang merupakan Timbalan Menteri Besar berkata, Pas Kelantan akan terus memberi sokongan penuh kepada Abdul Hadi selaku Presiden parti.

“Pendirian Pas Kelantan jelas iaitu sejak dari dahulu hingga kini sentiasa berdiri teguh di belakang Presiden. Tiada sebab untuk Presiden berundur,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana