2 pelajar ditahan sertai himpunan #KitaLawan...Sendiri Buat Sendiri Tanggung lah

 Dua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam ditahan malam tadi berikutan himpunan #KitaLawan, kata Pengarah Strategi Pemuda PKR, Akmal Nasir.

Beliau berkata, kedua-dua mereka di tahan di ibu negara.

"Betul, ada dua mahasiswa ditahan semalam, sekarang berada di Lokap Berpusat Jinjang menunggu reman, bersama Fariz Musa, seketariat #KitaLawan.

"Fariz yang maklumkan penangkapan dua mahasiswa itu kepada kami, selepas menemui mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," kata Akmal kepada The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun tidak pasti kedua-dua mereka ditahan di bawah akta apa.

"Fariz ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan, tapi Fariz tidak pasti Akta Hasutan itu kerana ucapan atau tweetnya," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ditahan polis mengikut Akta Hasutan berhubung perhimpunan #KitaLawan, di rumahnya di Shah Alam pada 3.20 pagi tadi.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Semalam, polis menahan Fariz sebaik sahaja perhimpunan #KitaLawan di ibu kota berakhir dengan aman tanpa sebarang insiden.

Sebelum itu, polis menahan Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang beberapa jam sebelum perhimpunan #KitaLawan dan menahan reman selama 3 hari Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais yang ditahan pada Jumaat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ditahan awal pagi semalam di Pulau Pinang selepas menghadiri mesyuarat parti di peringkat negeri itu.

Mohamad bagaimanapun dibebaskan pada 11.30 malam tadi selepas 23 jam, tanpa sebarang pertuduhan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana