17 AHLI EXCO PAS Batu LETAK JAWATAN BERAMAI2 - PAS MENUJU KEHANCURAN !!!

Ishak Surin berkata, pemimpin berkenaan hanya akan kembali sekiranya hubungan PAS dengan parti dalam Pakatan Rakyat kembali pulih.

Kerana kecewa dengan kepimpinan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, 17 ahli exco PAS Batu bertindak meletak jawatan serta-merta hari ini.

Yang Dipertuanya, Ishak Surin berkata, 17 orang daripada 25 orang pemimpin PAS Batu menandatangani persetujuan untuk tindakan bermufarakah ini.

“Tindakan ‘bermufarakah’ ini bererti tidak lagi bersetuju atau mengikut presiden, namun tidak keluar daripada parti.

“Dengan pengisytiharan ini, sekali gus gugurlah dengan serta-merta segala jawatan yang diamanahkan kepada kami dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Batu kali ke-29 (2013) yang lalu,” katanya.

Ishak turut meminta agar tiada sebarang cawangan atau dewan yang mencalonkan mereka untuk sebarang jawatan pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu yang dijadualkan berlangsung pada 19 April ini.

Ishak berkata yang turut meletak jawatan serta-merta ialah Timbalan Yang Dipertua Datuk Shuhaimi Ab Rahaman, Naib Yang Dipertua Datuk Tarmizi Mohd Jam, Setiausaha Kawasan Datuk Ismail Yahaya dan Ketua Penerangan kawasan Marzuki Zakaria.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, Ishak berkata peletakan jawatan mereka akan dimaklumkan secara rasmi kepada PAS Pusat dalam masa terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana