UMNO tidak berani lawan PAS – Husam...Bukan Macam PR Gelojoh Berpolitik?

PAS menyifatkan UMNO tidak berani berdepan ‘musuh tradisi’ apabila memutuskan untuk tidak meletakkan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka 22 Mac ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata keputusan itu membuktikan kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menurun.

“Sekaligus membuktikan kata-kata keramat al Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: ‘Tak dok sebab demo nak lawan kawe’ menjadi kenyataan hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Namun katanya, meskipun tanpa penyertaan UMNO, isu membabitkan perpaduan ummah tidak akan berhenti.

Hal itu katanya, perlu dijelaskan bagi mengelakkan berlakunya perpaduan ummah tanpa ketelusan.

Jelas Husam, beliau tidak nampak perpaduan ummah boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar.

“Perpaduan Ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek untuk menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata.

“Bahkan, sebelum ini BN juga gagal meletakkan calon di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan ia tidak membawa apa-apa makna kepada perpaduan ummah atau negara,” ujarnya.
Sebelum ini, Mohd Najib mengumumkan UMNO tidak akan meletakkan calon mereka pada PRK Cempaka yang akan berlangsung 22 Mac ini.

Keputusan itu dibuat setelah mendengar pendapat daripada Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
Menurutnya, terdapat pelbagai faktor kukuh yang memerlukan lebih tumpuan seperti pemulihan banjir dan kerja-kerja kebajikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana