Tiada calon pengganti ketua pembangkang, Anwar optimis dibebaskan...Jangan Perasan Lah AnWAR

AMPANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuk Pakatan Rakyat mencari calon pengganti untuk jawatan yang dipegangnya sekarang, kerana optimis akan dibebaskan daripada pertuduhan kes liwat II.

"Saya masih ada di sini. Tidak akan jadi apa-apa. Saya optimis berdasarkan fakta, undang-undang dan bukti," katanya dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Himpunan Belia Antarabangsa ke-12 di sini hari ini.

Sambil mengulangi bahawa tiada kemungkinan untuk beliau dipenjarakan berdasarkan bukti yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan, kata Anwar, beliau bagaimanapun berserah jika keputusan adalah sebaliknya.

"Kalau ada perkara di luar jangkaan, itu di luar kawalan saya. Kepada Allah saya berserah," katanya.

Mahkamah Persekutuan telah menetapkan pada 10 Februari ini bagi keputusan rayuan Anwar berhubung kes liwatnya.

Anwar, 67, membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau bersalah atas tuduhan meliwat dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar didakwa meliwat Saiful, 27 di Unit 11-5-1 di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Jika kalah dalam rayuan itu, Anwar boleh hilang kelayakan sebagai seorang anggota parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Anwar dalam pada itu berkata hukuman hudud bukanlah satu-satunya tuntutan syariah yang perlu diutamakan memandangkan terdapat banyak perkara lain yang perlu diteliti.

"Bagaimana kamu hendak laksanakan sebarang aspek undang-undang jika kamu tiada badan kehakiman yang bebas, media yang bebas atau kebebasan bersuara?" soalnya sambil menambah perkara itu termasuk persoalan keadilan dan kedaulatan undang-undang serta menolak diskriminasi, sikap perkauman dan ketaksuban beragama dan kebebasan kehakiman.

Ditanya  tentang usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan, Anwar enggan menyentuh lanjut atas alasan kurang maklumat berhubung undang-undang yang mahu diperkenal itu.

Katanya, Pakatan Rakyat sudah meminta kerajaan PAS Kelantan menghantar draf enakmen berkaitan untuk dibincangkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana