Protes terhadap Presiden Majlis Peguam pandai-pandai buat kenyataan pasal kes liwat Anwar

Siapa yang tidak marah. Christopher Leong ( gambar) selaku Presiden Majlis Peguam sepatutnya mewakili beribu peguam sebaliknya pandai-pandai buat kenyataan sendiri atas nama majlis itu kecam badan kehakiman dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Leong dalam kenyataannya selepas Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Anwar pada 10 Februari lalu dakwa Anwar 'dianiaya, bukan didakwa'.

Sabtu lebih 100 ahli Majlis Peguam berpadu suara mendesak presiden mereka tarik balik kenyataan beliau atau letak jawatan.
Menurut seorang daripada anggota Majlis Peguam, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang juga bekas CEO MAS kata Leong perlu mengemukakan permohonan maaf yang jelas dan tanpa bersyarat kepada badan kehakiman dan entiti serta badan antarabangsa.

"Jika beliau gagal menarik balik kenyataan itu dalam tempoh yang munasabah (14 hari), kami akan mengambil segala langkah perlu untuk menggesa beliau segera berundur daripada jawatan presiden dan meminta Peguam Negara agar mengambil prosiding menghina yang sewajarnya terhadap beliau.

"Kalau Leong keluarkan kenyataan atas nama perseorangan, tak apa, tapi bukan atas kapasiti atau mewakili Majlis Peguam," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Sementara itu, seorang lagi anggota Majlis Peguam, Datuk Mohd Noor Amin berkata pendirian dan kenyataan terbuka yang dibuat Leong adalah bertentangan dengan asas dan kewajipan statutori Majlis Peguam Malaysia yang turut termasuk melindungi integriti serta kesucian badan kehakiman.

"Leong mengakui tidak membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan, tetapi pada masa sama, sehari selepas Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya, beliau mengeluarkan kenyataan yang memperkecil-kecilkan bahawa penghakiman Mahkamah Persekutuan dibuat tanpa sebarang asas dalam undang-undang, hanya semata-mata dengan merujuk kepada laporan media tentang perbicaraan itu," katanya.

Pada 10 Feb, Anwar kalah dalam rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana