P'raya PBT : Presiden PAS Bertegas Takkan Tunduk dengan DAP

KUALA TERENGGANU 1 Feb - PAS tetap membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung keputusan mengadakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS mengingatkan DAP agar memahami pilihan raya itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan.

"Apabila timbulnya polemik perdebatan antara Setiausaha Agung (Datuk Mustapa Ali) dengan DAP berkait pilihan raya PBT, kita ada pendirian dalam masalah ini.

"Kita kena sedar PBT ada kaitan dengan Kerajaan Pusat dan ada kementerian. Kita tidak boleh langgar begitu sahaja selagi kita tidak dapat menguasai Kerajaan Pusat. Kita kuasai dulu Kerajaan Pusat," katanya ketika berucap merasmikan program anjuran parti itu di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir di sini malam tadi.

Turut hadir sama termasuk Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Abdul Hadi baru-baru ini melahirkan kebimbangan pilihan raya PBT mampu mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat sekali gus menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang disifatkan sebagai titik hitam dalam sejarah negara.

Ianya disusuli dengan reaksi Mustafa Ali yang mencabar Lim Guan Eng bersemuka dengannya ekoran dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa beliau tidak jujur berhubung pelaksanaan pilihan raya PBT.

Mustafa Ali turut menggelar Lim Guan Eng sebagai seorang pemimpin celupar.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas sebagai parti Islam amat menekankan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam memastikan pengurusan bandar berjalan lancar dan adil.

"Pas menerima hakikat wujud masyarakat majmuk di Malaysia. Menerima orang Cina dan India yang dipaksa penjajah datang ke sini. Kita terima hakikat ini dengan cara menyelesaikan masalah dan pada kita cara itu adalah menerusi ajaran Islam yang adil termasuk dalam hal politik.

"Adil dalam masalah politik itu turut membabitkan pengurusan bandar, maka untuk menguruskan bandar tak boleh melibatkan orang bandar sahaja, pilihan raya yang dicadangkan itu, orang bandar yang mengundi padahal yang menghidupkan bandar bukan goloongan itu tetapi termasuklah petani, nelayan dan semua pihak," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana