Patut Kah Dilakukan Ini Semua.....Banner anjing biadap dan kurang ajar

SHAH ALAM: Perlawanan akhir Piala Sumbangsih antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang yang berlangsung malam tadi dicemari dengan tindakan segelintir penyokong pasukan Harimau Selatan itu yang menaikkan banner gergasi berwajah anjing yang memakai pakaian berlogo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Walaupun banner itu tidak ditujukan kepada pasukan Pahang, namun tindakan tersebut cukup untuk digambarkan sebagai biadap dan sangat keterlaluan.

Malah, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkata baginda malu dengan perlakuan penyokong JDT itu.

"Sebagai anak kelahiran Johor yang bermastautin di Pahang...dan suami saya Presiden FAM, saya malu dgn tindakan peminat bola sepak Johor.

"Ini sahaja komen saya.... biadap dan kurang ajar, ayah saya tidak didik saya seperti ini," kata baginda melalui laman Instagram peribadi @tengkupuanpahang hari ini.

Gambar banner tersebut turut menjadi viral di laman sosial dan menerima kritikan hebat daripada netizen yang menyifatkannya sebagai biadap.

Banner itu direntangkan di bahagian penyokong JDT sewaktu perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Ramai beranggapan banner itu cuba menggambarkan bahawa FAM hanya mengambil berat tentang wang berbanding menguruskan bola sepak tempatan.

Pada perlawanan itu JDT muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 selepas mengalahkan Pahang 2-0.

Walaupun tiada siapa yang mendakwa bertanggungjawab terhadap banner kontroversi itu, Persatuan Bola Sepak Johor menerusi kenyataan berkata, 12 individu telah dikenal pasti dan ditahan oleh pihak polis.

"Mereka akan ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan. Jika didapati bersalah, individu-individu berkenaan akan dilarang daripada memasuki mana-mana stadium di Johor untuk hidup," kata Johor FA menerusi kenyataan pada Ahad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana