PASMA BUAT LAPORAN POLIS, MENTERI BESAR KELANTAN BUAT FITNAH DAN HUKUM SESAT KE ATAS PASMA!!!

Ketua Penerangan PASMA Malaysia, Muhammad Nazir Zakaria yang juga merupakan bekas YDP PAS Putrajaya dilaporkan telah membuat laporan polis ke atas Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Yaakob pada 21 Februari lalu.

Dalam kenyataannya yang turut disiarkan oleh beberapa buah akhbar bercetak, Ahmad Yakoob yang juga merupakan pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat ketika berucap dalam Multaqa Ulama Malaysia Ke-2 di Dewan MPSJ, Serdang Jaya dikatakan telah melakukan 'fitnah' dan mereka-reka cerita buruk tentang PASMA, sebuah NGO yang berdaftar secara sah.

Nazir yang membuat laporan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya menuduh Ahmad Yaakob telah dengan sengaja menfitnah dan menyesatkan ahi-ahli Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dan berita tersebut telah disiarkan secara menyeluruh oleh akhbar-akhbar arus perdana dan media-media sosial.

Menurutnya, tuduhan tersebut amat berat sedangkan sebagai ulama, Ahmad Yaakob seharusnya menasihati, membimbing dan bukannya menghukum. Sehubungan dengan itulah, dia membuat laporan polis agar sekatan dapat dibuat dan Ahmad Yaakob dipaksa menarik kembali kenyataannya tentang PASMA.

PAS telah mengeluarkan banyak arahan berhubung PASMA termasuk meminta agar ahli-ahlinya yang terlibat dengan PASMA keluar dari parti. Beberapa desakan turut dibuat agar Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai turut meletakkan jawatan dan membuang keahlian mereka dalam PAS kerana penglibatan aktif mereka dalam PASMA.

PASMA dikesan sedang melakukan gerakan menumbangkan kepimpinan ulama dalam PAS yang diketuai oleh Abdul Hadi Awang. Phahrolrazi Zawawi, 'pemangku' Presiden PASMA sendiri menyatakan yang antara lain maksudnya adalah PAS memerlukan Presiden baru yang lebih inovatif dan lebih mudah akur kepada Lim Guan Eng dan DAP berbanding Hadi Awang yang sudah tua dan terlalu ortodoks.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana