PAS tak bermasalah jika tidak diperlukan lagi dalam Pakatan

Dari segi rekod sejarah, PAS merupakan parti pembangkang paling lama wujud di Malaysia. Ia ditubuhkan tahun 1955 dan satu-satunya parti bukan Barisan Nasional masih kekal bertanding sejak pilihanraya pertama diadakan di negara ini.
Untuk rekod juga, DAP ditubuhkan selepas Singapura 'ditendang' dari Malaysia, iaitu selepas PAP tidak boleh aktif lagi dan penubuhan DAP sebagai kesinambungan parti itu di negara ini.

PKR hanya ditubuhkan pada April 1999, parti yang digunakan sebagai 'kuda' untuk Anwar mempolitikkan isu mahkamah yang dihadapi beliau ketika itu.

PAS sebagai sebuah parti sudah melalui berbagai ujian, naik dan turun dalam politik Malaysia, tapi ia kekal sebagai parti kedua terbesar orang Melayu selepas UMNO.

Sebab itu mereka tidak bimbang kemelut dengan DAP berakhir dengan perpecahan dalam pakatan pembangkang kerana parti itu mampu bergerak bersendirian bagi meneruskan perjuangan hakikinya menegakkan syariat Islam.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, PAS tidak menghadapi masalah jika tidak lagi diperlukan dalam pakatan pembangkang memandangkan parti itu telah wujud sekian lama dan pernah memenangi pilihan raya umum tanpa bantuan mana-mana parti.

Beliau menjelaskan, apa yang penting PAS sentiasa berpegang pada prinsip perjuangan berdasarkan akidah dan kemenangan yang pernah diraih adalah dengan keizinan Allah.

“PAS tak ada masalah kalau pakatan terungkai kerana PAS adalah parti lama dan pernah menang sendiri dan juga pernah menang bersama. Kalau hari ini sudah tak boleh bersama DAP, kita sendiri atau mungkin dengan orang lain pula.

“Akan datang sekiranya terungkai pakatan pembangkang, kita tak bimbang kerana perjuangan PAS berasaskan akidah. Kita yakin menang apabila Allah beri kemenangan kepada kita.

“Apabila Allah nak beri menang, Allah buka hati manusia. Tak kira siapa mereka. Allah boleh buka hati orang Cina untuk sokong PAS walaupun tak masuk DAP. Itu hak Allah dan itu akidah kita. Sebab itu kita tak bimbang sesama makhluk sebab kita buat kerja kerana Allah,” kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Utusa melaporkan Ahli Majlis Syura Ulama PAS itu berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah duha bersempena program Harap 3.1 Himpunan Harapan Semua selama tiga hari bermula semalam di Kampung Telaga Daing Kuala Terengganu pada Jumaat.

Mohd. Khairuddin diminta mengulas mengenai kemelut yang semakin meruncing antara PAS dengan DAP termasuk percanggahan dalam isu pelaksanaan hukum hudud dan terbaharu mengenai pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan DAP.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat seterusnya berkata, PAS tidak pernah tunduk kepada DAP dalam usaha parti itu untuk terus menegakkan syiar Islam di negara ini terutama hukum hudud di Kelantan.

“Pertama sekali tentang prinsip, apabila berlaku sesuatu isu dan dimainkan oleh media, kita ambil sikap berbincang secara dalaman dan itu sikap kita. Apa yang DAP buat, itu hal dia dan kita lebih bersikap dalaman,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana