NGO Desak Leong Dan Ambiga Mohon Maaf Didepan Pejabat Majlis Peguam..

Tiga badan bukan kerajaan,(NGO) mendesak Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong dan bekas Presiden, Datuk Ambiga Sreenevasan memohon maaf kepada rakyat kerana tidak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

3 NGOTindakan kedua mereka itu dilihat mencemarkan imej institusi kehakiman negara selain turut disifatkan sebagai ‘double standard’ kerana memperjuangkan hak individu, bukannya demi kepentingan orang awam.

“Sebagai ahli majlis peguam, kami menggesa beliau akur pada keputusan Mahkamah Persekutuan, bukannya mencemarkan atau menjatuhkan imej pentadbiran kehakiman kepada semua entiti antarabangsa.”

“Kerana peranan Majlis Peguam adalah menjelaskan sebarang tanggapan salah yang timbul dalam kalangan masyarakat, dan mereka (Majlis Peguam) juga perlu sedar tanggungjawab mereka adalah melindungi badan kehakiman daripada serangan yang tidak adil,” jelas Amir Amsaa Alla Pitchay selaku Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) yang mengetuai 2 NGO lain iaitu IKHLAS dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) sewaktu menghantar memorandum desakan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Rajen Devaraj di Pejabat Majlis Peguam.

Sebelum ini, coretan Leong di twitter menyatakan bahawa Anwar ‘dianiaya, bukan didakwa’ selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan telah pun dibantah pelbagai pihak termasuk oleh lebih 100 peguam dari seluruh negara.

“Dalam keadaan sedemikian, Majlis Peguam bukan sahaja mengabaikan tugasnya untuk mempertahankan badan kehakiman, tetapi badan itu juga telah mengaibkan mahkamah dengan meletakkan keseluruhan kes itu sebagai satu kesilapan, disalah anggap dan menyemarakkan lagi persepsi bahawa Anwar telah dianiaya, dan bukan didakwa di Mahkamah”.

“Maka kami menuntut mereka untuk memohon maaf kepada Kehakiman Negara dan rakyat Malaysia dalam isu tersebut,” ujarnya lagi.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah pula menegaskan bahawa Leong dan Ambiga diberi masa seminggu bermula hari ini untuk membuat permohonan maaf.

Menurutnya, tindakan susulan menyerahkan memorandum buat kali kedua serta membuat laporan polis akan menyusul jika kedua mereka gagal berbuat demikian.

– BNBBC -

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana