Mesyuarat MT UMNO setuju lancar Indeks Syariah

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMMO yang bersidang di sini hari ini telah bersetuju melancarkan Indeks Syariah Malaysia sebagai bukti keiltizaman parti berkenaan memartabatkan syiar serta syariat Islam, kata Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pelancaran indeks tersebut adalah antara empat perkara yang dikemukakan oleh Najib pada mesyuarat MT UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang ini.

Menurut Najib, empat perkara yang dipersetuju adalah pelancaran Indeks Syariah Malaysia, mesyuarat UMNO peringkat cawangan dan bahagian, pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian dan perutusan takziah kepada keluarga mangsa pesawat MAS MH370.

Najib selanjutnya memaklumkan, beliau akan menyempurnakan pelancaran Indeks Syariah Malaysia pada 10 Februari ini sempena Majlis Perdana Ulama dan Umarak 2015.

Beliau berkata, kerajaan yang didokong oleh UMNO begitu komited untuk memartabatkan bukan saja syiar Islam, malah syariat Islam sesuai dengan Fasa 3 Perlembagaan Parti.

“Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia ini akan menjadi negara ini negara pertama di dunia melaksanakannya dan bakal menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain.

"Perkara ini adalah antara komitmen yang telah ditunaikan oleh UMNO selama ini, tetapi usaha ini tidak mempunyai penanda aras khususnya dalam lima perkara yang berkaitan dengan konsep Makasih Syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat MT diadakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana