LPT2 sudah dibuka...Alhamdulilah

Chukai: Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dari Gemuruh ke Jabor membabitkan jarak sejauh 184 kilometer, dibuka secara rasmi semalam.
LPT2 yang dibina dengan kos RM4.1 bilion itu dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk 10 persimpangan bertingkat, 10 plaza tol, tiga kawasan Rehat dan Rawat (R&R), dua hentian sebelah dan 98 jambatan.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan LPT2 sudah diwartakan oleh Kementerian Kerja Raya, sekali gus membolehkan pengguna menggunakannya untuk ke destinasi masing-masing.
Beliau berkata, pembukaan LPT2 itu memendekkan perjalanan pengguna apabila hanya mengambil masa satu jam 30 minit dari Gemuruh ke Jabor.
“Selain memendekkan masa perjalanan pengguna, pembukaan LPT2 ini juga merancakkan ekonomi di Terengganu.
“Kita akan memastikan pelaksanaan LPT2 dapat memaju dan membantu meningkatkan ekonomi di negeri ini sebab sasaran kita mahu mencapai pendapatan berkapita RM8,000 menjelang 2020,” katanya pada sidang media selepas melawat LPT2 dari Gemuruh ke Jabor di Hentian Rehat dan Rawat Perasing, di sini, semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu Ir Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu Datuk Shafii Mohamad.
Ahmad Razif berkata, pihaknya turut tertarik dengan konsep ‘One-Stop Rest Area’ yang diperkenal di kawasan R&R Perasing apabila dibuka kepada orang ramai di tiga penjuru.
Katanya, kawasan itu membabitkan pengguna dari arah utara (Kuala Terengganu), dari arah selatan (Kuala Lumpur/Kuantan) dan penduduk tempatan (Perasing).
“Kawasan R&R Perasing ini juga menjadi pemangkin kepada nadi pembangunan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Neram, Kemaman kerana perkhidmatan terbaik daripada segi kemudahan akan disediakan untuk keselesaan pengguna di sini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana