Kritikan Bernas Bebb...Mahfuz disaran sertai ‘Maharaja Lawak’ musim 2015

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disarankan menyertai ‘Maharaja Lawak’ musim 2015 kerana lakonannya untuk membawa pembunuh Altantuya Shariibuu, Siful Azhar Umar menerusi telesidang di ibu pejabat parti itu pagi ini tidak menjadi.
Malah Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, petugas media yang berhimpun di  Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur turut diperbodohkan oleh Mahfuz.

Beliau berkata, janji Mahfuz untuk membuat sidang media menerusi talian telefon wartawan tempatan dengan Sirul Azhar yang kini ditahan di Sydney, Australia merupakan ‘lawak bodoh’ yang tidak diterima akal.

“Oleh sebab itu, pada pemerhatian saya, rasanya dia (Mahfuz) amat sesuai dan berkelayakan untuk menyertai program realiti Maharaja Lawak musim  2015,” katanya.

Mahfuz memanggil sidang media tersebut pada pukul 11.30 pagi ini (Isnin) tetapi Sirul tidak juga muncul-muncul walaupun Mahfuz cuba berlakon dengan mendakwa kali terakhir dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Sirul pada 10.44 pagi.

Percubaan Mahfuz untuk menghubungi Sirul, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu gagal dan pada 12.16 tengahari Ahli Parlimen pokok Sena itu seperti mengaku kalah apabila pangilan kali keduanya masih tidak berjaya.

Untuk menutup malu, Mahfuz memberitahu bahawa beliau akan terbang ke Australia untuk bertemu Sirul minggu depan. Malah beliau berkata akan ke Sydney bersama ibu Sirul, Piah Samad dan peguam.

Ternyata kegagalan Mahfuz ‘membawa’ Sirul menerusi teleakhbar seperti yang dijanjikan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan petugas media dan mereka berasa seolah-olah telah tertipu dengan lakonan tersebut.

Berdasarkan kepada lakonan Mahfuz pagi ini, Syed Ali berkata drama tersebut sekadar gimik politik PAS untuk mengalih perhatian umum terhadap krisis kepimpinan ulama yang sedang berlaku dalam parti itu sekarang.

“Untuk tutup isu ulama nak jatuhkan Presiden PAS, Mahfuz buat drama lawak dengan menjadikan Sirul sebagai watak utama, tetapi lucunya lakonan Mahfuz tidak menjadi kali ini,” ujarnya.

“Nampak sangat dia nak perbodohkan pihak media,” katanya sambil menegaskan Ketua Penerangan PAS itu sudah tidak mempunyai idea untuk mencari populariti walaupun sekadar berbentuk populariti murahan.

Mengulas kenyataan Mahfuz pada sidang media pagi Isnin yang menempelak Perdana Menteri yang sebelum ini menjelaskan sebagai ‘mengarut’ dakwaan Sirul bahawa dia bertindak atas arahan, Syed Ali berkata tiada sebab mengapa Datuk Seri Najib Tun Razak dikaitkan dalam kes tersebut.

Mahfuz juga turut mempertikaikan kenapa Perdana Menteri tidak memberi arahan supaya siasatan dan perbicaraan kes tersebut dibuka semula berdasarkan kepada kenyataan Sirul.

"Nampaknya Mahfuz yang sebenarnya yang sudah mengarut, mengapa nak paksa Najib buka semula kes tersebut," ujarnya lagi.

Menurut Syed Ali lagi, isu pertuduhan dan penghakiman yang dijatuhkan terhadap Sirul adalah tertakluk kepada bidang kuasa perundangan dan tidak membabitkan kedudukan Najib selaku Perdana Menteri.

“Saya hairan kenapa Mahfuz sengaja serang Najib, cuba nak kaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya, ini semua provokasi jahat dan serangan politik PAS untuk menanam persepsi buruk terhadap kerjaaan,” tegasnya.

 Syed Ali berkata,  beliau sudah menjelaskan sebelum ini bahawa kes Altantuya dianggap selesai apabila pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada dua bekas polis terbabit.

“Bagi saya kes tersebut sudah selesai, tidak perlu lagi dibincangkan secara terbuka, seolah-olah tidak menghormati institusi kehakiman dan sistem perundangan negara ini,” tegasnya.

Kepada Mahfuz, beliau menasihatkan supaya pemimpin PAS itu tidak berterusan menjadikan isu pembunuhan Altantuya sebagai modal politik.

“Cukup-cukuplah Mahfuz, hentikanlah drama lawak itu, kalau teringin sangat nak berlakon, elok sertai program Maharaja Lawak,” ujarnya sinis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana