Kes Sirul : Menteri Australia Enggan Layan Tuntutan Rafizi...PAdan Mukanya

PUTRAJAYA 25 Feb - Menteri Imigresen dan Kawalan Sempadan Australia, Peter Dutton enggan memberi ulasan dan mendapatkan kerjasama berhubung isu Koperal Sirul Azhar Umar yang berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati di Malaysia tetapi kini di Australia.

Walaupun diasak soalan sama ada Sirul Azhar akan dibawa balik ke Malaysia, Dutton berkata, beliau perlu menghormati undang-undang negara asalnya.

"Saya tidak boleh mengulas mengenai mana-mana individu, apa yang saya boleh katakan hubungan Malaysia dan Australia tetap utuh biarpun adanya isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini sebentar tadi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, pihak parti akan meminta bantuan ahli Parlimen Australia untuk membuat permohonan rasmi kepada kerajaan negara itu supaya bekas anggota polis Unit Tindakan Khas Bukit Aman, Sirul Azhar Umar dibenarkan ditemu bual oleh media Malaysia dan antarabangsa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana