Kes liwat Anwar: 'Tak perlu YB menteri... saya sedia debat dengan Rafizi'

Exco Pemuda UMNO Ibdillah Ishak pada Rabu menawar diri untuk berdebat dengan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkaitan kes penghakiman kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bukan saja soal Anwar, Pengerusi Biro Media Sosial Pemuda UMNO itu juga berdebat isu-isu lain dengan Rafizi.

Rafizi sebelum ini melontarkan cabaran debat terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin.

"Saya melihat cabaran tersebut sebagai tidak relevan untuk berdebat dengan Menteri. Namun saya sedia menawarkan diri untuk berdebat dengan Rafizi bagi menjelaskan hal yang benar bagi kepentingan rakyat,"katanya dalam satu kenyataan kepada Agendadaily.

Menurut beliau, Rafizi Ramli yang pernah menjadi Pengarah Strategi PKR terkenal dengan kegagalan ‘Kajang Move’.

"Semenjak "Kajang Move" watak pakar strategi hanyalah omongan kosong. Langkah-langkah politik yang diambil oleh Rafizi di lihat mahu menyelamatkan Anwar Ibrahim dan bukannya rakyat Malaysia," ujar beliau.

Selain debat kes liwat, Ibdil juga melontarkan cabaran debat kegagalan ‘Kajang Move’ dan arahan yang dikeluarkan Rafizi untuk mengadakan satu demonstrasi besar-besaran untuk menumbangkan Kerajaan BN.

"Saya ingin bertanya kepada Rafizi, apakah kelebihannya berdemonstrasi? Adakah ini satu bentuk politik kotor PKR? Apakah nilai tambah ‘value add’ berdemonstrasi bagi menumbangkan Kerajaan kepada kehidupan rakyat Malaysia?..."katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana