KERJASAMA PERTAHANAN ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN MALAYSIA

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 28 Januari 2015 - Kementerian Pertahanan sukacita memaklumkan bahawa hubungan pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia semakin bertambah erat terutama dengan adanya rundingan rapat antara kedua negara; pertukaran latihan dan latihan bersama ketenteraan; pertukaran maklumat; penyertaan kedua negara dalam operasi antarabangsa seperti United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL) dan International Monitoring Team (IMT); dan sebagainya.

Kerjasama ini akan dipertingkatkan lagi dengan rancangan penyerahan Helikopter Blackhawk S-70A kepunyaan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Helikopter tersebut masih beroperasi dalam TUDB dan dijangka akan sedia untuk diserahkan seawalnya dalam bulan September apabila helikopter baru Blackhawk S-70i TUDB beroperasi sepenuhnya. Keterangan bagi penyerahan tersebut akan dibincangkan selanjutnya oleh kedua belah pihak.

Kementerian Pertahanan berharap penyerahan helikopter tersebut akan menyumbang kepada peningkatan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia dan usaha kedua negara untuk menjaga keamanan dan keselamatan serantau.

Dari sumber MOD Brunei

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana