Jika Nurul Nuha jadi calon PRK, sah PKR parti nepotisme - Ismail Mina

KUALA LUMPUR: Amalan nepotisme akan terus subur dalam PKR jika Nurul Nuha Anwar Ibrahim dipilih untuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad berkata sekiranya benar anak kedua Anwar itu diberi tugas dan tanggungjawab untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh, PKR tidak lagi berupaya menepis label nepotisme dalam partinya.

"Ini mengingatkan saya bagaimana mereka hendak memperjuangkan Anwar dengan meletakkan Wan Azizah sebagai presiden (PKR) dan kemudian menobatkan Nurul Izzah sebagai ikon untuk menunjukkan bapanya.

"Jadi parti ini (Pakatan), parti nepotisma yang cukup tinggi," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos baru-baru ini.

Desas-desus bertiup kencang mengatakan Nurul Nuha, 31, antara yang dipertimbangkan untuk diletak sebagai calon pengganti bapanya yang menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mengekalkan sabitan kesalahan kes liwatnya.

Menguatkan lagi khabar angin tersebut, Nurul Nuha baru-baru ini mengetuai kempen 'March to Freedom' dalam usaha ke arah pembebasan bapanya, langkah yang dilihat bertujuan mengetengahkan anak perempuan Anwar itu di arena politik negara.

Bagaimanapun, Ismail Mina mempersoalkan kelayakan Nurul Nuha selain mempersoalkan adakah PKR benar-benar ketandusan calon yang jauh lebih layak?

"Ada orang yang lebih senior, yang lebih berpengalaman. Kenapa nak letak beliau?

Malah, ujar Ismail politik bukan satu perkara yang boleh diwarisi apatah lagi hendak memperjuangkan seseorang.

"Politik Islam bukan begitu malah demokrasi juga bukan begitu, bukan boleh diwarisi dan siapa layak. Kalau bercakap soal kelayakan kita kena tengok kalau ada 10 orang siapa yang paling layak.

"Ini bukan hendak memperjuangkan seseorang," tegasnya.

Namun, beliau berkata inilah trend yang diasah oleh PKR.

"Inilah trend yang diletakkan, dibina oleh PKR bahawa untuk memperjuangkan Anwar kita kena mencari satu sentimen orang ramai.

"Apa sentimen dia? Anak, isteri dia dan semuanya. Ini bagi saya bukan perjuanganlah," katanya.

Selain itu, Ismail berkata beliau tidak nampak PKR akan memberi laluan kepada PAS dan DAP untuk bertanding di kerusi tersebut.

"Saya tidak nampak bahawa PKR akan memberi lalulan kepada mana-mana parti kompenen, PAS atau DAP. Kerana ini (Permatang Pauh) kawasan tradisi Anwar Ibrahim sejak daripada Umno dulu kemudian diwarisi oleh Wan Azizah.

"Saya tidak percaya dan saya tak nampak bahwa PKR akan beri laluan (kepada PAS atau DAP)," tambahnya.

Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Keputusan itu sekali gus melucutkan kelayakan Anwar sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya sejak 2008 berikutan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang anggota Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun berkata, SPR akan hanya mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik menerima surat rasmi daripada speaker Dewan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana