Ingatan Untuk Semua....Cybersecurity Malaysia Keluarkan Nasihat Mengenai 'Ransomware'

KUALA LUMPUR:  CyberSecurity Malaysia, yang merupakan pusat kepakaran dan keselamatan teknikal siber di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengeluarkan satu makluman berbentuknasihat mengenai "Ransomware", Sabtu.

Ransomware merupakan sejenis perisian internet (malware/virus) yang menjangkiti komputer dan menyekat akses ke dalam sistem sehingga sejumlah wang tebusan dibayar kepada penciptanya, bagi tujuan membukanya semula.

Malware/virus ini akan cuba memeras ugut wang daripada mangsa melalui satu menu pop timbul pada skrin komputer.

Menu ini menyatakan bahawa komputer mereka telah dikunci atau semua fail dalam komputer tersebut telah ditutup dengan kod tertentu dan kemudian, meminta pembayaran tebusan bagi memulihkan akses komputer.

"Pencipta Ransomware ini meletakkan ketakutan dan kepanikan ke atas mangsa, menyebabkan mereka memetik pautan tersebut atau membayar tebusan dan ini menyebabkan mereka terkena virus tambahan yang lain," kata Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ransomware yang menyasarkan pengguna kediaman dan perniagaan boleh menyebabkan kehilangan sementara atau kekal, maklumat sensitif atau dokumen pemilikan, gangguan ke atas operasi perniagaan, kerugian kewangan yang ditanggung akibat pemulihan sistem dan fail, serta kemudaratan kepada reputasi sesebuah organisasi.

Jika komputer seseorang pengguna telah dijangkiti dan menerima mesej Ransomware, mereka dinasihatkan supaya tidak mengikuti arahan bayaran, sebaliknya, terus membuat laporan kepada pusat bantuan Cyber 999.

"Pembayaran wang tebusan tidak menjamin fail-fail yang dikunci dibebaskan. Ia hanya memberikan mereka yang berniat jahat ini, wang mangsa dan dalam sesetengah kes, maklumat perbankan.

"Sebagai tambahan, melepaskan kunci fail-fail tadi bukan bermakna pengguna sudah bebas dari jangkitan virus tadi," kata DrAmirudin. -BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana