Habis Lah Kali Ini.....NGO Buat Laporan Polis Terhadap Blogger Pembangkang Sakmongkol AK47

SHAH ALAM 25 Feb - Satu laporan polis dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pemantau Media Sosial Pasukan 'Sensible, Ethical Malaysian United Team' (SEMUT) Malaysia ke atas pengendali blog pro-pembangkang sakmongkol.blogspot.com.

Pengerusinya, Zaparudin Abdul Rahim berkata, laporan polis tersebut dibuat berhubung satu artikel yang disiarkan di laman blog itu yang disifatkan berbaur hasutan.

"Kenyataan penulis blog ini, dilihat berbaur hasutan dan berunsur fitnah dengan tujuan menanam persepsi buruk dalam minda rakyat supaya percaya yang kerajaan bersubahat dengan pihak berkuasa dan institusi kehakiman untuk menghukum Anwar.

"Ternyata sah penulis ini cuba membangkitkan semangat protes jalanan jalanan dan mencetuskan kemarahan rakyat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Zaparudin menambah, terdapat kenyataan-kenyataan di dalam artikel tersebut juga disifatkan menghina badan kehakiman serta pasukan polis yang kononnya tidak profesional menjalankan tugas.

Beliau turut mempersoalkan, tindakan pembangkang yang beria-ria mahu membebaskan Anwar walaupun Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan bahawa ketua pembangkang itu bersalah atas kesalahan meliwat.

"Blogger ini juga mempertikaikan kes yang telah diputuskan oleh mahkamah, ini bagi kami adalah satu penghinaan terhadap institusi kehakiman negara yang semua tahu adalah badan bebas.

"Soalan saya, adakah jika pakatan menjadi kerajaan, maka Anwar sudah tentu dibebaskan?

"Kami mohon pihak polis menyiasat artikel yang serius ini di bawah mana-mana akta atau peraturan yang selaras dengan kedaulatan undang-undang," ujarnya.

Artikel pada 22 Februari 2015 tersebut turut dipetik oleh portal online The Malaysian Insider bertajuk 'The White and Black Minstrel Show Will End As A Huge Embarrassment'.

Ia antaranya mengandungi kenyataan 'Sekiranya kita mempunyai kuasa persekutuan, kita tidak perlukan kebenaran Yang Dipertuan Agong untuk membebaskan Anwar'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana