Guan Eng hanya perlu nafi, jika tidak benar

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta membuat penafian terhadap laporan yang dikeluarkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina, berhubung kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan menangani bencana banjir yang melanda negeri berkenaan, baru-baru ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, adalah menjadi tanggungjawab Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang untuk segera mengambil tindakan perlu, sekiranya berlaku salah lapor oleh akhbar terhadap kenyataan beliau.
“Barangkali kerana kegagalan Yang Amat Berhormat untuk bersua wajah dengan Menteri Besar Kelantan, sewaktu melakukan lawatan tempoh hari, menyebabkan beliau keliru.
“Jika beliau sedikit sabar di dalam mencari fakta sebenar, saya kira, sudah pasti Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan tidak akan tergamak mengeluarkan kenyataan demikian,” katanya menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah berhenti berikhtiar untuk memulihkan keadaan di negeri berkenaan, selepas dilanda musibah banjir.
Jelasnya, kelemahan yang ada tidak dapat dinafikan, kerana banjir kali ini berlaku di luar jangkaan dan beliau tidak menyatakan, kerajaan negeri sempurna dan suci daripada kelemahan, namun menyebut ‘macam tiada kerajaan’ ialah satu tuduhan sangat melampau.
“Ia adalah satu penghinaan kepada kerajaan Kelantan yang turut berada dalam Pakatan Rakyat dan Menteri Besar Selangor jauh lebih baik daripada Ketua Menteri Pulau Pinang yang bersua wajah dengan Menteri Besar Kelantan.
“Saya kira Yang Amat Berhormat bolehlah menarik balik kenyataan tersebut, jika ia benar sebagaimana yang dilaporkan dan degilnya Yang Amat Berhormat atas kenyataan ini, maka demikianlah akan tebalnya ingatan kami terhadap kecaman Yang Amat Berhormat,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana