BODOH LAH....Kumpulan Anti Demokrasi Ugut Bunuh, Letup Kereta KPN

 PETALING JAYA: Selepas ugutan membakar mercun di mahkamah baru-baru ini, terkini sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (Amad) memuat naik klip video ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Video berdurasi 1.27 minit dimuat naik di YouTube itu mengugut membunuh Khalid dengan meletupkan keretanya, sebagai desakan untuk beliau meletak jawatan.

Ia digambarkan pada akhir video itu dengan seorang lelaki bertopeng membawa kereta mainan di hadapan lelaki dengan muka bertutup dan membakar kereta tersebut menggunakan pemetik api disusuli bunyi letupan.

Rakaman bertajuk "Peringatan kepada IGP" itu memaparkan tiga individu berpakaian hitam dengan muka seorang daripada mereka ditutupi logo kumpulan itu, manakala dua lagi memakai topeng.

Sambil memegang gambar pelawak, Jaafar Onn mereka yang mendakwa sebagai kumpulan anti demokrasi memberi amaran dalam bahasa Melayu.

Salah seorang ahli kumpulan itu mempersoalkan sama ada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ketua polis negara dan ketua hakim negara dapat diganti melalui proses demokrasi.

"Adakah rakyat Malaysia boleh menukar pengerusi SPR melalui proses demokrasi? Adakah rakyat Malaysia boleh menukar ketua hakim negara melalui proses demokrasi dan adakah rakyat Malaysia boleh menukar ketua polis negara melalui proses demokrasi?
'Tidak, manusia-manusia inilah perosak ejen demokrasi," kata ahli kumpulan itu menerusi video bertarikh 23 Januari yang sehingga kini meraih tontonan hampir 6,000.

Sebelum ini, badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan kempen mendesak Khalid meletak jawatan Khalid kerana tindakannya menahan ahli politik dan aktivis, termasuk Bersih 2.0 dan Suaram mengadakan sidang media mengutuk tindakan polis itu.

Kumpulan terbabit melancarkan protes setiap Sabtu di hadapan pusat beli belah Sogo, di ibu negara sebagai tuntutan kebebasan bersuara dan mendesak peletakan jawatan Khalid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana