Bakal Menantu Najib Humble Dan Low Profile - Adi Putra

KUALA LUMPUR 26 Feb - Pelakon dan penyanyi Adi Putra memuji sikap bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Daniyar Nazarbayev yang prihatin kepada isu-isu berkaitan kemasyarakatan.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim menerusi laman sosial instagram beliau hari ini berkongsi pengalaman bertemu dengan Daniyar yang secara kebetulan turut bersama melawat Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong.

"Humble and low profile person yang mempunyai sifat prihatin kepada masyarakat.

Saya mendoakan agar majlis perkahwinannya dipermudahkan yang bakal langsung, agar juga diberkati dan dirahmati Allah. Ameen Ya Rabb," kata pelakon filem KL Gangster itu.

Daniyar telah mengikat tali pertunangan bersama anak Najib Nooryana Najwa pada 2011 lalu dan bakal melangsungkan perkahwinan pada Mac tahun ini.

Majlis resepsi akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada bulan sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana