Australia yakin temui MH370 dalam beberapa bulan lagi

Penyelaras misi pencarian penerbangan MH370 di Australia yakin kapal terbang milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu akan ditemui dalam beberapa bulan sahaja lagi.
Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan berkata, beliau mempunyai harapan tinggi pasukannya akan menemui bangkai pesawat malang itu sebelum misi pencarian berakhir pada Mei depan.

Pesawat MH370 hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada pagi 8 Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Tiada kesan atau petunjuk jelas ditemui sejak pesawat tersebut hilang tetapi Dolan percaya pasukannya semakin hampir kepada penemuan serpihan kapal terbang itu.

“Saya tidak fikirkan ‘ini harinya’ setiap kali saya bangun daripada tidur tetapi memang setiap kali saya bangun, saya harapkan itulah harinya pesawat itu ditemui dan saya jangka antara sekarang hingga Mei depan, hari tersebut akan tiba.

“Peristiwa ini (kehilangan MH370) membingungkan dan sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah, bukan sahaja misteri kehilangan itu malahan skala usahasama kami dalam mencari pesawat malang tersebut,” katanya.

Dolan menegaskan, pasukannya tidak mempunyai kepastian untuk menemui pesawat MH370 tetapi mereka mempunyai keyakinan penuh hari itu akan tiba juga akhirnya.

Bagaimanapun, Pusat Agensi Penyelarasan Bersama enggan mengulas mengenai kenyataan tersebut dan cuma memaklumkan kerajaan Malaysia, Austra­lia dan China yang akan menilai langkah berikutnya selepas ini.

Misi pencarian sejak tragedi sedih itu berlaku tahun lalu masih tidak membuahkan sebarang hasil dengan lokasi ter­akhir dipercayai tempat pesawat malang itu terhempas pada mulanya disangka di Laut China Selatan atau Teluk Thailand sebelum beralih ke selatan lautan Hindi dekat Australia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana