Anwar rayu PAS dan DAP berhenti berperang....Takut Tak Boleh Jadi PM Ker?

AMPANG: Perbalahan secara terbuka antara pemimpin PAS dan DAP berhubung isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan memaksa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk campur dan merayu agar pemimpin kedua-dua parti itu berhenti menyerang di antara satu sama lain.

"Saya merayu supaya mereka berhenti (bergaduh) dan kembali ke meja mesyuarat," katanya dalam sidang media di Ampang hari ini.

Perbalahan antara kedua-dua parti berkenaan mula berlarutan sejak beberapa minggu lalu, selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian parti berkenaan yang menolak pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP kerana khuatir ianya akan mewujudkan jurang pendapatan antara masyarakat bandar dan luar bandar, yang boleh mendorong kepada peristiwa 13 Mei.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula kemudiannya mendakwa rakan sejawatannya daripada PAS, Datuk Mustafa Ali bersetuju jika pilihan raya itu diadakan, yang kemudiannya dinafikan oleh Mustafa.

Mustafa dalam maklum balasnya selepas itu mengajak Guan Eng untuk berdebat bagi membuktikan 'siapa yang berbohong' berhubung isu pilihan raya PBT itu.

Manakala Khamis lalu, Setiausha Organisasai DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataanya mendakwa PAS cuba 'membakar jambatan' hubungan anara kedua-dua parti itu apabila Mustafa bertindak mencabar Guan Eng untuk berdebat.

Ujar Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban, cabaran Mustafa itu seolah-olah membayangkan PAS menganggap DAP sebagai musuh politik, dan bukan rakan sekutu dalam Pakatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana